Saturday, June 30, 2012

Hari ni dah plan ni g beli barang2 dapur..kat mana lagi kalau bukan Carrefour Alamanda..Tempat ni dah jadi tempat  wajib dikunjungi setiap bulan. Bukan apa kalau pergi tempat lain tu ada je barang yg tak beli..Kalau kat sini dah tahu kat mana kicap..kat mana susu..kat mana itu kat mana ini...senang..Tapi seperti biasa la pagi2 kena mendobi dulu. Hari breakfast beli je nasi lemak..Dah siap2 semua baru ke Alamanda. 
Sampai Alamanda ni orang tak ramai sangat lagi mungkin awal lagi kot baru kul 11 lebih..Terus je masuk Carrefour..Beli2 barang2 dapur tengok 2 jam dah dekat kul 1 tgh.Patut la perut dah mendidih.. Arfan seperti biasa la..sempat jerrr...

Kami decide nak lunch kat Foodct Alamanda ni jer..malas nak keluar. Ramainya orang tengah makan..nasib baik ada satu family ni dah habis makan..dapat la meja. Kalau datang sini tak order Yee mee Sizzling tak sah..setakat ni kat sini la yg palaing sedap. Order set Asam pedas..ok la..biasa je rasanya Umi masak lagi sedap kot...cewahhhh..angkat bakul masuk sendiri ni..
Dah kenyang..balik terus ke Nilai Square...Nilai lagi..mesti la kan ada je nak beli. Sebenarnya Umi nak beli kain langsir..Dah 2 tahun tak tukar langsir..
Kejap je duk sini..Dah pilih2 berkenan terus je beli..Budak2 pun dah mengamuk penat...
Arfan sebenarnya bukan la penat tapi tak sabar nak main kereta control..Sempat lagi dia pau ayah kat Alamanda tadi..hadiah dapat no 1 katanya..
Sampai rumah hilang penat..terus main kereta control tu..Umi lak tak habis2 ngan keje ni..keje apa lagi kalau tak kemaskan barang2 dapur yg baru beli tu. Jap lagi nak prepare untuk masak lak..Ada lak yg request nak makan chicken chop sambil tengok bola.
Memandangkan hari ni Umi cuti...ooopppppsss cuti ofis 8-5 jer...Ofis yg satu ni tak pernah cuti..Tu la kekadang terfikir gak nak cuti sekali sekala..Tapi nak buat camnerr..pagi2 jerr dah Azim hari ni nak makan apa..tak pe la...memang dah pompuan macam ni la kan..
Kesitu lak Umi melalut ni..tadi nak cakap hari Umi cuti so boleh la masak yg special skit...special ke???? Untuk Umi yang bekerja ni rasanya special la kan..
Ni la hasilnye..Chicken chop dan Black papper steak.





Wednesday, June 27, 2012

Arfan..Umi minta maaf...

Sampai ofis ni masih rasa bersalah..Bukan apa pagi2 tadi Arfan dah kena marah ngan Umi..

Biasanya pagi2 Umi akan masak untuk bekal dia org ke sekolah. Tapi semlam ngan hari ni tak sempat..Tak tahu la kenapa...Bila jam bunyi tu rasa berat je nak bangun ...

Malam tadi dah plan nak masak mee..kalau bangun pun dah lambat nak masak ye pun..

Arfan biasa la dia kalau bangun je akan tanya " Hari Umi masak apa?"
Umi cakap la " Sorry hari ni Umi tak sempat masak, tak sempat Umi bangun lambat tadi."
Arfan :" Habis tu Arfan nak bawa apa? kat sekolah hari ni makan biskut je"
Umi : " Nanti Umi beli nasi lemak la"
Arfan : "Tak nak..asyik beli jerr..Umi ni semalam tak masak hari ni tak masak"

Umi: (dlm hati:ishh budak ni...hati dah geram jerr)"Habis tu nak bawa apa? Dah Umi tak masak..tak faham ke?kalau tak nak tak yah bawa apa2..makan je biskut tu"
masa ni suara Umi dah tinggi sikit...

Ntah la tiba2 kesabaran Umi hilang...Umi harapkan anak2 ni boleh faham...Umi ni manusia biasa..yang ada kalanya kita rasa penatttt sangat...kat ofis pun penat...tension lagi..

Tapi tu la Umi sebenarnya yg tak memahami anak2...Maafkan Umi..sebenarnya mereka terlalu kecil utk memahami kita...Maafkan Umi ye Arfan..

Tetiba teringat masa Umi kecil2 dulu..Bila Ma marah tak tentu pasal,dalam hati selalu cakap " apa la Ma ni tu pun nak marah" Sekarang baru Umi sedar kenapa kadang2 Mak/Ibu kita marah2..Kekadang benda yang simple2 jerr..

Sebenarnya....Mak/Ibu kita penat...Kita perlu ingat mereka hanya manusia biasa...yg akan ada rasa penat..kekadang ada rasa tension..dan mereka sentiasa berharap akan ada orang yang akan memahami..cukup dengan memahami..

Sekali lagi Umi minta maaaf ye Arfan..Petang nanti Umi masak mee..

Monday, June 25, 2012

Cameron Highland lagi...day 2

Ok kita sambung citer cameron ekkkk...Cameron Highland lagi...day 2 merangkap hari terakhir...

Pagi2 Arfan bangun dah minta nak mandi...Ni dah kena badi bathtab ni..Orang lain duk sibuk berselimut ..dia tak reti2 nak rasa sejuk...hehhee...Kalau dah sejuk2 ni perut mula la lapar jerr..Umi ngan Uda keluar la ingat nak cari nasi lemak ke..roti canai kerr..Air buat sendiri.Umi memang ada bawa nescafe ngan susu..Tapi resort tu pun ada sediakan nescafe, creamer, teh dan gula..Kami beli nasi lemak kat Tanah rata..ramai juga org menunggu nak roti canai ni...Lagi satu tak banyak pun kedai makan yg ada roti canai..tapi tak tahu la ot kami yg tak jumpa. Sedap juga roti canai ni...Nasi lemak pun sedap. Siap bungkus ngan daun pisang lagi...

Dah kenyang makan..Arfan ngan Azim apa lagi berendam la lagi..lebih kurang kul 10 lebih kami terus check out..senang...lagipun nak terus balik je lepas ni. Esok dah kerja budak2 pun sekolah.

Tapi sebelum balik tu pusing lagi sekali ke Brinchang..Tengok ada pasar pagi...singgah jap beli pokok kaktus...Kali ni Umi beli pokok cili yang dah ada buah cili sikit..harga RM 6.

Lepas tu kami ke YZ Agro Farm  n Cafe nak makan strawberry coklat. Umi suka tempat ni..best je...lepak sini makan pastu beli sikit strawberry coklat untuk mak.


Ni senarai menu yang disediakan
Gambar ni kat depan Al-Mansoor sebelah YZ tu. Lepas tu kami terus bertolak..On the way tu banyak gerai orang asli jual petai. Umi singgah la beli untuk abah.Abah suka petai ni...harga dia RM11 12 papan petai..Kira ok la tu..

Tu la kisah cameron kali ni...

Ayam masak halia berlimau

Hari ni nak kongsi resepi Ayam masak halia berlimau..yg Umi masak untuk lunch semalam.**gambar seperti biasa lambat sikit upload.



Bahan2
Ayam ( 6 ketul) --- Perap dengan garam kunyit dan goreng
5 inci halia (hiris panjang)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
1 biji capsicum (potong dadu)
1 biji tomato (potong 10)
1 biji cili merah (hiris)
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu air limau nipis

Cara2
Tumis bawang putih,halia dan bawang besar hingga naik bau
Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau seketika
Masukkan air limau nipis dan kacau lagi
Masukkan cili  merah, capsicum dan tomato.
Masukkan Ayam yang telah digoreng . kacau seketika. Tambahkan sedikit air.
Biarkan seketika hingga kuah betul2 pekat.

Resepi ni Umi reka sendiri..Tetiba dapat idea nak masak camni..Alhamdulillah sedap juga rasanya..

Sunday, June 24, 2012

Makan di Senandung Malam Bagan Lalang

Jumaat hari tu Uda tepon tanya free tak hari ahad petang ni..dia nak blanja makan kat Bagan Lalang..Kebetulan tak ada kemana..so set la..
Mula tu plan lepas zohor nak terus ke Bagan Lalang. Lepak2 dulu ...Tapi biasa la kerja kat rumah ni tak settle2. Pagi2 goreng meehon..Basuh baju...Pastu sambung jahit baju.Tup2 dah kul 12 tgh.


Masuk dapur lak masak utk lunch..dah lunch tu....tup tap tup tap dah kul 2 lebih. Sebelum tu untuk Lunch ni Umi masak biasa2 je.. Sardin , Ayam masak halia berlimau dan kailan goreng.

Dah siap2 kat dapur, Iron baju lak..Umi biasanya baju budak2 tu terus iron untuk seminggu senang...Tapi sejam lebih juga la baru siap..Uda tepon kata nak pergi nanti satu kereta je..So tunggu la dia samapi..Sementara tunggu tu, baju pun dah siap iron..apalagi berbaring baringan la sekejap..baru jerr syok2 baring Uda dah sampai..
Terus siap2 nak ke Bagan Lalang. On the way tu singgah beli durian..Durian kampung..kecil2 comel je buahnya. Pau uda dulu RM 50..hehhehe..Dah suruh acik tu belahkan siap2 ..senang samapi kat sana nanti terus ngap je.
Cik Sue dan Ayah Sue dah sampai dulu..Sampai2 tu terus makan durian dulu.
Tengok la ni tak pandang kiri kanan dah...memang sedap durian ni..



 Lepas tu baru order..Masa kami nak order tu dah ramai orang kat kedai ni.. Kami kalau Bagan Lalang ni tak pergi kedai lain dah..Kedai ni jerr..Senandung Malam.


Ni hasil tangkapan..hehehe


Lama gak menunggu lebih ½ jam ... dan akhirnya....ni la kami order..macam2...

Ada lagi yg tak sempat nak snap gambar...mr crab masak pedas dan lala masak halia serta ikan cencaru bakar.

Ni biasa la selepas kejadian

Apa2 pun terima Uda..semoga murah rezeki.
***Gambar lain kali update ekkk

Saturday, June 23, 2012

Tahniah Liza


Tahniah Liza...Dah selamat jadi isteri orang. Liza ni anak kepada sepupu mak. Majlis ni ringkas je..pagi bertunang lepas zohor nikah. Tapi kenduri bulan 9 nanti.. Kiranya ni nikah gantung la..Ikut adat orang dulu2..




Kami sempat masa bertunang je. Ni Gambar hantaran masa bertunang. Nikah tak sempat coz bergegas balik.Incik suami tu ada hal..




Friday, June 22, 2012

Alhamdulillah Kak Niza selamat..

Balik dari kerja..member tefon minta tlg ambilkan sekali anak2 K.Niza coz dia accident..terkejut dgr..Lepas ambil budak2 kat sekolah..terus ke tempat kejadian..

Alhamdulillah...Kak Niza dan Sarah(anak) selamat..Tu yg 1st skali nak tahu..
Kereta akak tu terbabas semasa kat selekoh nak u-turn termasuk dlam longkang besar..


Alhamdullilahh gak tersangkut kat batu tak terus jatuh dalam air.

Dah selamat tarik...kereta ok la cuma bumper habis pecah..

Thursday, June 21, 2012

Cameron Highland lagi...day 1

OK...ni continue dari ..cameron highland lagi day-1... Dah puas tergolek2..terbaring2...Pastu Budak2 dah kebiru-biruan dah kesejukan berendam...

So bersiap sedia la nak kluar. Dah siap2 nak ke Butterfly Farm. ****Gambar Umi upload lain kali ye ***

On the way kesana tu..Mak aiii banyaknye kereta nak ke Brinchang.Dlm hati nak balik jap lagi masak ni..Jam dari Tapak Pasar tu malam tu sampai la kat KEA Farm. Bayangkan panjang kan..

Alhamdulillah sampai kat Butterfly farm ni ada parking.. Budak2 ni walaupun dah pernah masuk sini  tapi seronoknya macam tak pernah masuk..tak pernah tengok binatang2 kat dalam tu...

Kebetulan masa kami masuk tu satu rombongan satu bas  (Cina) dari kajang...Jadi ramai la kat tempat tu..Kami tau pun sebab duk nyembang nagn sorang Untie tu...peramah sungguh dia.

Pastu kami singgah kat KEA Farm jap. Uda nak beli fridge magnet..Souvenir utk ofismate dia. Sayur2an kami plan nak beli kat pasar malam nanti. Dah set dah nak beli babycorn..teringat lagi rasa dia yg sedap tu masa dtg sebelum ni.

Kat KEA Farm ni kejap je pastu terus ke pasar malam. Dah agak dah..Jammed..slow je rasanya 20 km/hrs je kot.. Tu pun jalan kejap berhenti..jalan kejap berhenti.

Incik suami drop kami kat Pasar malam dan dia g cari parking...Ramai betul manusia..Azim sempat sambar t-shirt cameron satu..Pastu beli sayur2 skit. Uda beli strawberry skit..nak terus makan kat resort nanti.

Makan malam kat Pak Nik Ikan Bakar. Memang dah malas nak g makan tempat lain. Servis kali ni menghampakan...Lama duduk baru ambil order. Pastu lauk dah sampai..nasi lak tak sampai2.. Kena pergi cakap lak baru la sampai nasi tu.Sabar je la..Nasib baik rasa sedap..hilang terus rasa penat menunggu tu...

Dah kenyang tu pergi Pasar malam balik nak beli baju untuk Arfan lak..Kang bergaduh lak beli satu je tadi..Cari2 nasib baik la jumpa gambar sama dengan Awong dia..Sebenarnya Arfan dari kecil lagi panggil Azim Awong...Tak pandai nak sebut Along..lekat terus sampai sekarang..

Lepas tu kami terus je balik resort..Penat terkata dah rasanya..Nak tidurrr....Sampai2 kat resort tengok dah banyak kereta parking..Alhamdulillah..tak de la rasa seram sgt..

masuk2 jerr..budak berdua tu tak tahu rasa sejuk ke hapa..tengok2 dah berendam kat bathtab lagi..kalau dah namanya budak2..

time tu zzzzzzzzzzzzzzz..kita sambung lagi ekkk.

Akhirnya ku terima madu itu...huhuhu

Opppppssss...Jangan fikir lain..Umi terima madu yang manis ni...kalau madu yang "madu" tu huhuhuhu...minta jauh....sungguh ku tak sanggup.

Citer bermula ada sorang brother tu datang jual madu kat ofis ni...Masa tu nak ke Cafe..Tengok ramai je org duk kerumun kat brother ni. Dah habis makan tu terdetik nak juga tahu apa yg best sangat tu..

Rupanya brother jual madu.Entah macam mana ntah terbeli lak madu kat atas tu. Masa tu nak test beli satu botol je.Balik share ngan Tokma. Rupanya memang sedap madu.

Lepas brother ni ada datang lagi.Umi beli yg ni lak untuk budak2 kat rumah tu. Yg ni kurang sikit kandungan habatus sauda berbanding yg atas tu.



Alhamdulillah dengan izin Allah semenjak makan madu ni Umi dah boleh makan maskan yg ada belacan. Kalau sebelum ni makan jer  bangun pagi esok tu mesti sakit tekak..Hidung pun rasa cam tersumbat  je.

Tokma pun suka denagn madu ni. Yg budak2 org tu pun suka juga tapi biasa la dia org time nak dia org makan la..

Sedar tak sedar dah sebulan lebih Umi makan madu ni...Kesannya memang memberangsangkan..

Jenguk2 la blog brother ni http://www.rezeki-madina.blogspot.com/

Brother ni bagitau seeloknya 1 sudu besar sebelum tidur dan 1 sudu besar sebelum makan pagi..Tapi cara Umi makan 1 sudu besar sebelum tidur pagi tak ambil sebab pagi Umi makan yg ni Pati delima. 1 sudu besar sebelum makan. Dan lepas tu Umi makan habatussauda 7 biji.



Bukan apa banyak kalau kita baca tentang khasiatnya.. Lagi pun ni makanan tambahan...

Apa2 pun kita cuma ikhtiar dan jangan lupa yg menyembuhkan ialah ALLAH.

Wednesday, June 20, 2012

Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan..

Haaa...Dulu2 selalu dengar lagu tu kan.. Tahap kemalasan tu terbawa bawa sampai hari ni..

Disebabkan tahap yang melampau sangat tu yg jadi mee maggi cepat dimasak sedap dimakan tu...

Sampai2 rumah terus check apa yg patut..Ye la takkan nak rebus maggi kosong camtu jerr..kena la letak sayur2 skit kan. Kebetula godek2 dlm peti ais tu ada sosej..boleh la masukkan sekali.




Arfan ni memang hantu maggi. Cakap je nak masak maggi senyum sampai ke telinga. Siap cakap lagi nak yang ada kuah..Maksudnya tak nak yg goreng la tu.

Gambar nanti Umi upload kedian ye..

Ni la Mee maggi yg dah siap sedia untuk dimakan...


Cameron Highland lagi...day 1

Sabtu lepas 16.06.12 kami sekeluarga ke Cameron Higland lagi. Kali ni kami menginap di strawberry park resorts .Penginapan kami ni ditaja oleh Uda. Uda ni siapa???mesti tertanya2 kan .Uda ni adik Umi. Anak2 Umi dan anak2 buah yg lain panggil dia ni Uda. Kali ni bawa TokMa, Poksu Amir dan Uda. Mereka tak pernah sampai Cameron lagi..

Kalau nak tengok gambar resort tu boleh intai2 kat website dia tu. kami bertolak dari rumah kul 7 pagi..ambil Uda ngan Poksu Amir kat Sunway.Pastu berhenti makan kat R&R Rawang. mak oiii ramainya manusia. cari parking pun dah berapa lama. Pastu duk tunggu meja kosong lak..isshh2.Perut dah lah mendidih dah..semua jenis lagu dah kedengaran.

Dah kenyang tu terus la ke Cameron. Banyak gak kereta nak kesana walaupun bukan musim cuti sekolah. Kali ni Arfan ngan Azim jadi pemandu pelancong.Mentang2 la dia org dah kesana ..

Lebih kurang kul 11 lebih kami sampai kat Bharat Tea ni. Kat sini Umi tak turun kat ladang pun..duk atas ni jerr..Maklumlah tak berapa nak sihat lagi dr migrain hari tu..

lepak sini kejap jerr..Beli teh sikit pastu terus cari kedai makan kat area Tanah Rata. Kat sini pun ramai gak manusia..Rasa pening lak..Dah makan2 lebih kurang kul 1 lebih terus ke resort cuba nasib kot2 dah boleh check in. uda dah telefon sebelum tu check in kul 3 ptg sepatutnya.

Umi nak cerita skit pasal jalan nak masuk sini...jalan sempit skit..tempat dia tinggi kat atas bukit. Kalau dari Tanah rata tu sebelum sampai Pekan Brinchang belok kanan ada simpang. kat situ ada signboard. Satu jalan nak ke Kasimanis Strawberry. dari simpang tu boleh tahan gak jauh keatas.

Sampai 2 jerr depan resort tu Arfan bukan main seronok lagi tengok tempat tu cantik. Siap cakap lagi "Uda memang terbaikkkkk" sambil tunjuk 2 thumbs up .. Alhamdulillah dapat check in terus. Dapat bilik 511. sampai2 jerr depan bilik dah cuak..sunyi je tempat ni. Rasanya kami jerr kat blok ni.

Dah mula fikir macam2..ye la tempat ni keliling dia hutan maklumlah betul2 kat puncak bukit. Buka pintu tengok dalam ...haa hilang rasa takut..Cantikkkk!!!.. Ada 4 bilik.


Bilik utama - siap ada bathtab lagi. Melompat2 Azim ngan Arfan ni..seronok. dapat berendam dalam tu.



Tengoklah belum apa2 lagi dah berendam...kalau dah budak2 la katakan.



Tak kira la temapt tu sejuk ke hapa..janji happy. yg bukan budak2 lak apa lagi...terbaring2 jerr la konon2 nak simpan tenaga nak meredah pasar malam kang..

Ok la kami nak membaringkan diri dulu ye...jap lagi sambung balik kita ke butterfly farm .....



Tuesday, June 19, 2012

Imam Muda Musim ke 3

Asyik lupa je nak update pasal Imam Muda musim ke3 ni.. Dah nak masuk minggu ke4 dah pun. Tapi rasanya kali kurang menarik perhatian Umi la.. Umi lebih suka Imam Muda Musim ke2...Bukan apa suka tengok Imam Muda Hassan..Cool je. Bestnya kalau anak2 Umi satu hari nanti dalam dada mereka penuh dengan pengisian ilmu akhirat..Bahagia rasanya. ..

Kekadang terfikir boleh ke kami Umi Ayah ni berikan mereka pendidikan yang sempurna.. Yg mana jika ditakdirkan kita dah tak ada suatu hari ni..Mereka ni tetap dengan ajaran agama.Tetapkan hati mereka menunaikan solat....tetap sujud pada Allah yang satu..Jadi anak2 yg soleh.. Insyaallah..Umi memang sentiasa doakan semua tu..
Apa2 pun kali ni Umi sokong IM Omar...

Ayam masak kerutuk Umi style.

Dah tu beli la ayam mentah.. Nak tak nak kena la masak juga. Jam dah dekat kul 6 ptg. Dalam hati “sempat ke ni nak masak..Tokma puasa..” ish..ishh..sebenarnya tu hasutan2 utk menambahkan lagi kemalasan yg sedia ada..huhuhuhu..
Tapi kuatkan semangat..Last2 siap gak la..dalam kemalasan tu sempat la Umi masak Ayam kerutuk dan Asparagus Goreng (Cameron mari tauuuu..fresh gitu)
Pernah masak Ayam kerutuk tak? Sebenarnya masak ayam ni lebih kurang masak kari jerr Cuma dia ada rempah dia sendiri. Umi setiap kali balik kampung mesti pergi pasar beli yang timbang tu..Pergi pasar cakap je nak rempah kerutuk. Pastu balik sini simpan dalam peti sejuk. Memang tahan lama.
Resepi Ayam masak kerutuk
Bahan2
6-7 ketul ayam (ayam yg  dipotong 12) @ ½ ekor
½ biji santan
3 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 inci halia *
½ inci lengkuas *
5 inci daun pandan
Rempah 4 sekawan (kayu manis,buah pelaga,bunga lawang,cengkih)
1 sudu besar air asam jawa
1 btg serai (ketuk)
4 sudu besar serbuk rempah kerutuk (Bancuh dengan sedikit air dan taburkan hirisan 1 bawang merah)
1 biji bawang besar (belah 4)
2 biji cili hijau (belah 2)
1 biji tomato (belah 4)
2 sudu besar kerisik

** Tumbuk bahan yg bertanda *
Cara2
1.       Tumis rempah 4 sekawan dan masukkan bahan yang telah di tumbuk hingga garing.
2.       Masukkan daun pandan. Kacau seketika.
3.       Masukkan ayam dan kentang. Renehkan hingga masak.
4.       Masukkan santan dan serai serta air asam jawa. Kacau seketika.
5.       Masukkan bawang besar dan cili hijau. Masukkan kerisik
6.       Perasakan garam dan gula secukupnya dan masukkan tomato
7.       Agak2 kuah dah pekat bolehlah tutupkan api. Kira dah masak la tu.

Ayam ni kalau makan dengan roti pun sedap juga. Terpulanglah. Macam Umi yg konon2nya diet ni makan ngan roti.



Yang ni Asparagus goreng. Goreng biasa jer. Campurkan dengan capsicum kuning dan tomato cerry.

Monday, June 18, 2012

Penat..penat..penat..

Tu je yg boleh Umi katakan...huhuhu..Penat betul rasanya hari ni. Sebenarnya Umi sekeluarga baru balik dari Cameron malam tadi. Tu yg duk penat tak habis lagi tu.

Nanti dah  free2 skit kita citer pjg yeee trip kali ni.

Friday, June 15, 2012

Migrain

DAH LAMA X MIGRAIN.. MUNGKIN STRESS KOT 2 3 HR NI.. SO APALAGI MC LA..

Thursday, June 14, 2012

last day ziea

Sedihnya...kejap rasanya masa berlalu. rasanya baru semalam ziea ni masuk keje sini..Hari dah last day..Tak pe la apapun akak sokong adik..Memang tempat seorang isteri disisi suami..InsyaAllah rezeki ada dimana2..Coz rezeki tu datangnya dari Allah.

Duk pot pet lupa nak bagi intro. Ziea ni baru kahwin awal tahun hari tu. Husband dia kat Penang.Tu yg dia cuba try test cari keje area sana nun. Duk cuba try test tu ada la sangkut satu keje ni.

Walaupun dia sayang nak tinggal keje sekarang tapi demi SUAMI dia berkorban..Tahniah dik ye.Akak sukeeee..

Kami kat ofis buat la makan2 skit. Apa2 pun selamat maju jaya untuk Ziea.

Soalan yang sukar dijawab

On the way balik rumah..Tiba2  dlm kereta, Azim tanya "Umi, kalau bersalin normal keluar kat mana?"...

Toinggggg.... Umi terkedu..Dalam hati "Ishhh...camne nak explain ni. Kalau Azim ni budak pompuan rasanya senang skit.."

Sebenarnya sebelum ni dia pernah tanya kalau bersalin baby keluar kat mana. Umi cuma cakap keluar ikut perut..Doktor keluarkan.Dia percaya la..

Rasanya tetiba dia boleh tanya soalan ni sebab hari minggu tu Umi,Uda dan Tokma duk bercerita pasal kakak yang nak bersalin raya nanti..Uri kat bawah. Kami sibuk duk cakap kalau uri kat bawah biasannya tak boleh bersalin normal..kena operate..Pastu Uda sambung lak , kalau operate ma kena la jaga kakak ni coz berjahit.

Kami tak perasan lak yang si Azim duk dengar je kami nyembang. Mungkin dari situ dia duk fikir agaknya. Dulu Umi cakap bersalin keluar kat perut.Tapi kali ni ada lak operate ngan normal. Mesti dia confius..Last2 tanya gak Umi..

huhuhuhu..nak nangis pun ada fikir camne nak jawab soalan cepu mas ni. Kang silap cakap lain lak jadinya.

Wednesday, June 13, 2012

Jom dengar dengar - IKIM FM setiap pagi kul 7.30 am

Ingat lagi tak entry ni islam agamaku. Sekarang setiap pagi isnin - jumaat kul 7.30 am ada segmen bersama Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew ni...Best sangat.. So jom ramai2 kita dengar..

Sambil2 drive ke ofis tu elok la kita sucikan hati ..hehhe...(Igtkan diri sendiri skali ni).. Kalau boleh dari kul 7.00 am tu kita dah on IKIM fm ni..Boleh aminkan doa pagi sama2..


Sunday, June 10, 2012

Asal cuti sekolah je..Kenduri kahwin..Kalau kenduri kahwin je mesti cuti sekolah..

Betul tak??. Tapi sekarang ni kalau area rumah mak kat PJ tu dah tak kira cuti sekolah ke hapa..janji cuti sabtu ahad.. ada je orang kahwin..

Ni Kenduri kahwin sepupu mak ...yg laki tu.. rumah pompuan minggu lepas kat Damansara.





Disebabkan ni rumah sepupu mak kami lepak lama skit la..sampai lebih kurang kul 12.. makan2 pastu lepak2 sementara tunggu pengantin sampai kul 2. Duk tunggu2 tu kek pengantin sampai dulu...


Risau betul tengok Arfan ni...bukan apa kot tiba2 pergi ambil kek ni kan...ishhh..buat malu jerr.. So Umi ajak la dia org ni lepak kat kete..best juga tempat ni ..berangin jerr..siap bentang tikar lagi duduk2 situ..

Umi pun dah start rasa pening kepala dah..mana tak nya bantai kambing panggang tadi..Tuan rumah sediakan kambing 2 ekor...jangan main2 2 ekor tu...
Apa2 pun selamat pengantin baru kami ucapkan kepada pasangan mempelai kita ni...

*** Comel jerr cupcake tu ****

Wednesday, June 6, 2012

Al-Fatihah untuk Arwah Cik Deni...

Kul 6 pagi tadi mak telefon..Cik Deni dah meninggal.. Rasa terkilan sungguh...Hari ahad baru ni plan balik dari kenduri nak melawat dia kat rumah.. Dari kenduri tu dah lambat..belum sembahyang zohor lagi..terus tak jadi..fikir tak pe lah..minggu depan datang boleh la pergi..

Skali belum sempat sampai hari ahad... arwah dah meninggal.. Rasa ralat..terkilan semua ada..Tu la lain kali kalau ada orang sakit..jgn duk tangguh2 nak ziarah/melawat..

Sebenarnya Arwah ni jiran mak masa rumah setinggan dulu..Baik sangat orangnya..Incik suami anggap dia dah macam ayah angkat.. Ingat lagi suatu masa tu abah tak bawa dia pergi stadium tengok bola..mengamuk2...Arwah ni la yang hantar dia pergi stadium masa tu.. Selalu pergi rombongan family sama2..

Masa kami kahwin pun sama...So kami berdua hari ni EL..Dah breakfast terus ke PJ ..Plan hari ni memang nak ke PJ ambil budak2 kat rumah mak..Tapi plan nak pergi lepas magrib..Bila mak dah tepon tu terus jerr mesej bos EL...

Monday, June 4, 2012

Tak de mood nak masak


Balik kerja hari ni rasa macam semacam jerr.. Tahu nape?? tetiba rasa macam tak de mood..Semalm budak2 tu tido rumah Opah dia org.. Tu rasa tak de mood je..balik rumah nanti mesti sunyi jerk. Ajak Incik suami singgah kedai terus..makan malam. Umi suka satu kedai ni Restoran DQalbu kat Bukit Changgang Banting. Yang paling Umi suka order Kuey teow goreng..superb.


Tapi hari ni bila rasa macam lain skit dari biasa..tak berapa superb..Mungkinkah lidah ku yg tak superb??? Tulah penangan budak2 duk jauh ngan kita...huhuhuhu...Budak2 tak nangis pun..Umi yang terlebih sudah...Dah kenyang makan balik rumah..lagi la sunyi nyeeee... Rasa kosong.... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... dah lepas magrib tu utk mengisi kekosongan hati ..cewahhhh..Umi buka mesin jahit baju..Tapi hati still rasa sunyiiii...kosong jerr.......

Mood -----> sunyi..sepi...dan seangkatan.. 

FireFly Super Sales

hari ni sampai ofis awal..Saja2 je buka web Firefly. Tengok2 ada sale..All in RM 35. Cal adik ipar tanya dia nak book tak tiket g Langkawi tak... Check2 ada untuk bulan 11 nanti.


Dah selamat book..RM 140 pergi balik untuk 2 orang. Hahhh Naper tak percaya????? Ni betul  punya... Tak caya tengok booking dibawah ni..

Dah check Tak de dlm list    xxxxxx05xxxxxxx ....Camne tu..
Terima kasih http://www.penbiru.com/ .....Umi dapat Tips ni dari dari blog Penbiru...
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda,
>Sila taip *#06#
>akan keluar IMEI (International Mobile Equipment Identity)
>semak nombor IMEI anda (lihat angka yang ke 7 dan  8 pada nombor tu)

Contoh  359365000225437
Nombor yang ke 7 dan 8 adalah 00

Jika ...
02 atau 20 : dari China = Kualiti Rendah
08 atau 80 : dari Germany = Kualiti Sederhana
01 atau 10 : dari Findland = Terbaik
00 atau 03 atau 04 : dari kilang asal = Sangat Terbaik
13 : dari Azerbaijan = Sangat Kurang Kualiti & Merbahaya

Saturday, June 2, 2012

Ayam Masak Merah .... Favourites Arfan

Haaaa...Ni masakan favourites Arfan. Plan tadi nak masak Nasi Goreng Ikan masin jerr untuk lunch hari ni.. Bukan apa penat betul rasanya duk mengemas kat tempat lepak depan tu...Citer pasal tempat lepak ni bila la Umi nak letak entry berkenaan tempat lepak ni...huhuhu...tak sempat jerr..

Dah penat2 tu rasa tak nak lak makan nasi goreng..Kalau nasi putih lagi sedap rasanya. Tu yang tukar menu..Masak Ayam masak merah pastu masak kailan ikan masin..dah settle...

Citer2 jer..jom layan resepi Ayam masak merah Umi yang simple miple ni...

Bahan2

Ayam (potong 12)..perapkan dengan garam dan kunyit.
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 biji bawang besar  - hiris bulat
4 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato

--- Tumbuk bahan bertanda *

Cara2

Goreng ayam dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk.
Bila dah garing masukkan cili giling. Masak hingga cili betul2 masak (garing).
Tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau seketika
Masukkan bawang besar dan kacau sekejap.
Masukkan ayam dan gaul sebati..

Friday, June 1, 2012

Test makan kat D' One Steak Bangi

Lepas tengok movie..Arfan duk sibuk lapar. Kami plan nak ke Bangi nak makan D One Steak.. Tapi kesian lak tengok dia. Duk la kejap makan Sizzling Mee.. Betul2 lapar budak ni..separuh makan kejap je.
Azim control jerr..walaupun lapar tapi ssimpan perut nak makan kat Bangi nanti..


Duk lepak2..dah magrib. Sembahyang dulu.Tapi nak sembahyang kat Alamanda ni kena la Q..ramai sungguh manusia...Lepas tu terus ke Bangi... Ni la Restoran tu betul2 kat Trafik light nak ke seksyen 7. kat sini pun ramai manusia. Nasib baik ada tempat kosong.

 Umi order air Asam boi. Azim pun order yg sama...Ingatkan gelas dia cam kat kedai2 biasa...rupanya saiz besar skit.. Tak habis lak satu gelas..bungkus la jawabnya.

 Azim order Chicken Chop.

Yg ni Umi punya...Beef black paper  steak..Ayah order lamp chop..

Overal restoran ni biasa jerr.. Kalau Azim dia cakap Umi buat lagi sedap ...hehhehe.. :)..

Layan Movie

Sedar tak sedar dah dekat seminggu cuti sekolah..Kesian nengok budak2 ni..Hari2 bila balik kerja selalu dia org cakap..”Cuti dah banyak hari tapi kita tak pergi mana2 pun”...Mesti dia org boring kan. So Umi pun ambil la cuti hari nii..Plan nak bawa dia orang tengok wayang. Tak pernah bawa dia orang g tengok wayang ni..Seumur hidup Umi ni pun baru sekali je tengok wayang..Tu pun sepupu belanja.Masa tu pergi Johor rumah dia masa tengah tunggu nak masuk Uitm..Cerita apa pun dah tak ingat.
Memandangkan hari ni hari Jumaat..So plan ambil tiket yg petang la.. Pagi2 tadi pergi Banting jap..uruskan apa yang patut.Tapi sempat gak Arfan mengepau kasut kat bata ni..Nasib baik murah jerr...hehehhe..
Balik tu terus masuk dapur...jadi chef lak..Hari ni teringin lak nak makan asam pedas. Tadi dah beli ikan tongkol siap2 dah.. Seekor tu potong2 dapat 5 keping (ye ke keping...boleh la) skali ngan kepala.. 2 keping masak asam pedas dan selebihnya Goreng bercili ..kesukaan ramai. Pastu buat ayam goreng tepung skit.. Asam pedas tu sebenarnya untuk buat kuah dan sayur beni jerr..Tu yang letak ikan 2 keping jerr.. kalau tak letak ikan langsung rasa macam tak sedap lak.. Ni resepi Asam Pedas Umi .


Lepas sembahyang jumaat, dah makan..perut dah kenyang terus ke Alamanda. Sampai Alamanda dah nak Asar. Beli tiket dulu..Tak tahu nak tengok citer apa..kebetulan ada citer baru ..baru keluar semalam rasanya.. Man Sewel datang KL. Hero dia Shuib Sepahtu.

Tiket utk dewasa RM8 dan kanak2 RM6. Dah beli tiket, pergi sembahyang dulu..Movie to start kul 5 ptg.



Tapi citer ni biasa jer.. Awal2 cerita tu best la..kelakar. Tapi bila dah separuh tu boringnye..rasa slow jer jalan citenya..lambat pulak nak habis. Arfan dah start boring ..


Kali ini admin akan membuat review filem yang bakal ditayangkan pada 31 Mei ini iaitu filem Man Sewel Datang KL. Filem ini diarahkan oleh Abdul Rahman Adam. Dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam dan Cef Yang Jamil.

Sinopsis Man Sewel Datang KL :
Osman/ Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.
Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250, 000 untuk dijadikan modal perniagaan.
Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya, Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya, Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man mungkir janji cinta mereka dahulu.
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari, Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dengan kegiatan jenayah.
Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya?