Saturday, December 17, 2011

Cuti 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi Day 3

OK semua...hari ni merupakan hari terakhir kami di Langkawi..So apalagi pagi2 dah siap2 packing barang-barang. keluar cari sarapan. Ni nak cerita pasal makan pagi ni....punya la mahal bayangkan makan kami makan nasi lemak biasa 8 pinggan + 1 pinggan nasi lemak daging goreng dan 10 cawan air (campur2 ada teh o ada nescafe)...tau tak harga semua skali brapa???????? cuba teka.....RM 30 +++....perggggghhh...tersengih jer amir lepas pergi bayar tu.. Lepas ni kalau ada rezeki datang sini lagi terus boikot je kedai tu...cekik darah betul. Lepas tu kami pergi hantar kunci rumah , pusing2 sekjap pekan Kuah. Beli baju sehelai dua...Lepas tu kami ke Dataran Lang, posing2 sekejap sebelum pergi makan kat restosan Dsa... Seperti biasa...Along dan Umi...Ayah dan Adik
Dah kenyang terus ke airport. Tapi sampai airport awal lagi flight kul 5.40. Kami pergi lepak kat jalan belakang aiport. kat sini ada gerai Laksa Power...memang power laksa dia...balik sini pun duk teringat-ingat laksa tu...huhuhu...Tak sempat nak snap gambar. Tapi pernah terbaca dalam blog ni .. Tu je la kisah sepanjang 3 hari 2 malam kami di Langkawi.

Friday, December 16, 2011

Cuti 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi Day 2

Pagi2 pergi cari nasi lemak ngan roti canai. kat pekan Kuah tu bannyak orang jual nasi lemak tepi2 jalan. Lepas sarapan kami terus ke Cable Car. Sampai sana lebih kurang pukul 11 lebih....tengok2 dah ramai orang beratur. Punyalah panjangnya Q. Tapi alang2 dah samapi sanggup beratur tu. Beratur beli tiket satu hal..dah dapat tiket kena beratur lagi untuk naik cable car tu...pangjangnya tak yah cakap la. Lepas sejam lebih beratur akhirnya dapat juga la kami naik cable car. Che Su yg control....dlm hati takut hahhaha...
Sekitar Puncak cable car
Gambar Laut dari atas
4 Hero
Balik dari cable car balik rumah sekejap pastu sambung balik pergi Idaman Suri..ada aje yang tertinggal... Malam tu kami makan kat EE Burger. Boleh tahan gak ramai orang makan kat situ..Jenuh juga menunggu baru dapat makanan. Dah kenyang..apalagi balik tidur la..

Cuti 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi Day 1

Dah sampai Langkawi. Sempat gak posing jap
Sampai2 je terus cal En Muzi. Kami dah booking awal2 lagi homestay + kerete ngan En Muzi ni..Tu pun nasib baik dpt gak coz kebetulan minggu ni minggu LIMA'11. Tapi hari terakhir dapat gak la tengok kapal2 yang duk parking kat airport tu. Oh ye..kami sewa homestay ni dgn harga RM 500 untuk 3 hari 2 mlm. Memang berbaloi. Homestay ni dekat pekan Kuah dekat ngan tempat2 shopping. Ianya rumah teres 1 tingkat. Ada 3 bilik. Memang selesa untuk kami 9 orang. Kami sewa 2 biji kereta. 1 iswara aerobak 1 kembara. Total 2 kereta utk 3 hari 2 mlm tu RM320. Ni website Homestay Gambar homestay boleh tgk kat website Dsa tu.Kalau sapa2 nak bercuti di langkawi memang saya rekemn sgt En Muzi..peramah senang nak deal.. Lepas En Muzi ambil kami kat airport terus dia bawa kami ke DSA Restoran. Kedai makan dia juga lah... Makanan kat situ sedap dan murah. Lepas tu baru kami terus ke Homestay yang kami sewa tu. Klik sini utk Restoran Dsa. Rehat sekejap. Pukul 4 ptg kami terus ke Idaman Suri. Apalagi shopping time.. Pening duk dlm kedai tu semua nak beli tapi duit x ckp..hahahha...tu yang pening tu. Dah habis shopping kat Idaman Suri, balik rumah. Malam tu kami keluar jalan2 pekan Kuah sambil2 makan malam.Pastu balik tidur...kita tunggu esok lak.

Cuti 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi

Akhirnya tarikh 08.12.2011 yg ditunggu-tunggu tiba jua. Pagi2 lagi dah bersiap untuk ke Subang Airport. Risau gak takut jem ke...mana la tahu.. Flight kul 1250 tgh. Kami keluar rumah kul 9.30. terus ke airport.. Sampai je puchong dekat2 area puchong perdana kereta slow je... masa tu dah dkt kul 10.. so terus kami masuk kiri exit masuk highway. Alhamdulillah sempat la sampai sebelum masa check-in. Tiket firefly ni booking dah lama bulan enam hari tu. Masa tu ada promotion tiket RM9. Terus je booking untuk satu keluarga 9 orang. 1st time sampai subang airport ni..lupa lak nak snap gambar. Arfan bukan main seronok lagi. Sempat lagi badut ni sakat Arfan..masa ni on the way ke balai berlepas..
Dlm flight sebelum take off. Sampai camtu skali Arfan seronok naik flight.hehe
Along duk ngan Umi dan Ayah duk ngan Arfan kat depan.

Saturday, October 8, 2011

Melaka

hari ni kami ke UITM Alor gajah Melaka..Ambil barang2 Poksu Amir...kejap je dah cuti semester. Alang2 kat Melaka kami ke Bandar Melaka. Org kata naik Melaka River Cruise seronok. So kami cuba la.. Tiket RM 10 utk Dewasa dan RM5 utk kanak2.
...laluan nak ke cruise...
Ni kat dalam cruise tu..perjalanan melalui sungai melaka. Dikiri kanan sungai tu ada kawasan perumahan,hotel2 dan lain2. Kalau malam lagi cantik rasanya kerana banyak lampu2 yg dipasang didinding bangunan sepanjang perjalanan tu. kebetulan lak sama color ngan kerusi..:)
Ni perkampungan Melayu Morten. Cantik rumah kat sini.
Arfan yang sentiasa ceria...
.....dan Azim yang control macho
sama ngan Poksu Amir (baju biru)
Lepas naik cruise plan singgah jap kat A Famosa....mak aiii parking punya la penuh..So balik la. :)

Monday, September 12, 2011

Hepy besday Arfan

Dah Genap 5 Tahun Arfan..Actually Birthday Arfan 9.10.2011. Tapi sebab nak celebrate kat Tadika..postponed hari ni. Umi masak meehon pastu semalam dah beli goodies sikit..ada gula2, wafer dan air vitagen ..Lepas tu beli kek sebiji.




Kek ni beli kat King Giant Nilai.


Yang best tu bila sampai je Tadika, budak2 yang dah sampai tu semua melompat-lompat nampak Umi bawa kek...hehehe..seronok je tengok dia orang ni.. Arfan lagi la...happy sungguh dia..dari malam tadi lagi duk menyengih jerrr...

Thursday, June 2, 2011

Ayam Golek @ Ayam DiGolek????

Ayam Golek @ Ayam DiGolek????

Pelik kan??? Yang mana satu agak2 yang betul. Tapi tak kisah lah yg mana satu janji rasanya sodapppp...

Ayam Golek in the making...sebenarnya ayam tu tak lah bergolek...duk pusing2 jerkkk..


Dah siap digolek...hehhe..