Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Mee Kuah Md Zin

Assalamualaikum semua...lama betul tak update...macam2 hal sebelum raya tu....

Citer pasal balik raya..tahun ni balik kampung Umi klate...Kami kalau balik perkara wajib ialah pergi Rantau Panjang dan makan mee kuah Md Zin.. Bukan nak shopping sanat pun tapi dah terbiasa asal balik kampung jerr mesti nak ke sana..Kami pergi pagi2...so sampai sana orang pun tak ramai sangat tapi sekejap tengok2 dah penuh tempat tu...Kami sekejap jerr.. Incik suami dah dapat jersi Liverpool ..so balik la...



Zaman Umi kecil2 dulu kalau nak makan mee ni kena pergi Pasar Tanah Merah...Tapi sekarang ni dia dah ada restoren Mee Md Zin...

Tapi kalau musim perayaan ni...kedai dia tutup.Biasanya seminggu selepas raya baru buka. Tapi kalau kedai kat dalam Pasar Tanah Merah tu Raya ke-3 dah buka....Apa lagi sanggup menunggu lama semata2 nak makan mee ni....



Sabar menunggu...Pakcik yg pakai kopiah belakang tu la Md Zin...Tengah sibuk masak..


Ni la mee yg menjadikan perkara wajib bagi kami..hehhehe


Sebelum makan kena letak sos cili + lada sulah..


Ni sos cili yg dia org pakai...Sos cili Hasnah &Hassan..

Wednesday, June 20, 2012

Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan..

Haaa...Dulu2 selalu dengar lagu tu kan.. Tahap kemalasan tu terbawa bawa sampai hari ni..

Disebabkan tahap yang melampau sangat tu yg jadi mee maggi cepat dimasak sedap dimakan tu...

Sampai2 rumah terus check apa yg patut..Ye la takkan nak rebus maggi kosong camtu jerr..kena la letak sayur2 skit kan. Kebetula godek2 dlm peti ais tu ada sosej..boleh la masukkan sekali.




Arfan ni memang hantu maggi. Cakap je nak masak maggi senyum sampai ke telinga. Siap cakap lagi nak yang ada kuah..Maksudnya tak nak yg goreng la tu.

Gambar nanti Umi upload kedian ye..

Ni la Mee maggi yg dah siap sedia untuk dimakan...


Wednesday, May 16, 2012

meehon goreng dinner mlm ni

Malam ni masak meehon goreng jer untuk dinner...Senang. Budak2 pun tak kisah janji dapat makan. Bila nak makan tu, hancurkan keropok ikan yg dah digoreng..Pastu letak sambal cili skit.Kalau ada limau nipis, perah limau..Fuh...meletop.
Macam tu la kami makan meehoon goreng..Dari kecil lagi macam tu..Sesapa yang nak cuba cuba la...My Incik suami sekarang ni pun kalau makan meehon mesti nak set cam gitu gak...
Kat rumah Umi ni stock keropok ikan memang tak pernah putus...sentiasa ada..
Mana taknya, makan nasi goreng pun dengan keropok gak...sedap...cuba lah.

Thursday, April 29, 2010



Ni selepas diedit




Ni menu untuk makan malam semalam.. Mee Bandung perencah ADAMI. Senang..mudah...cepat dan pastinya sedap.

Bahan2
Mee Kuning
Perencah mee bandung ADAMI
tauhu
sawi
telur
udang
bawang putih
Daging
Air
Sos cili

Cara2
Tumis bawang putih dengan menggunakan sedikit minyak.
Masukkan perencah mee bandung ADAMI dan air.Kacau sebati
Masukkan daging. Bila daging dah masak, masukkan sos cili dan garam secukup rasa.
Masukkan udang.Pecahkan telur.
Sementara tu celur mee dan sawi.
Siap untuk dihidang.