Saturday, June 30, 2012

Hari ni dah plan ni g beli barang2 dapur..kat mana lagi kalau bukan Carrefour Alamanda..Tempat ni dah jadi tempat  wajib dikunjungi setiap bulan. Bukan apa kalau pergi tempat lain tu ada je barang yg tak beli..Kalau kat sini dah tahu kat mana kicap..kat mana susu..kat mana itu kat mana ini...senang..Tapi seperti biasa la pagi2 kena mendobi dulu. Hari breakfast beli je nasi lemak..Dah siap2 semua baru ke Alamanda. 
Sampai Alamanda ni orang tak ramai sangat lagi mungkin awal lagi kot baru kul 11 lebih..Terus je masuk Carrefour..Beli2 barang2 dapur tengok 2 jam dah dekat kul 1 tgh.Patut la perut dah mendidih.. Arfan seperti biasa la..sempat jerrr...

Kami decide nak lunch kat Foodct Alamanda ni jer..malas nak keluar. Ramainya orang tengah makan..nasib baik ada satu family ni dah habis makan..dapat la meja. Kalau datang sini tak order Yee mee Sizzling tak sah..setakat ni kat sini la yg palaing sedap. Order set Asam pedas..ok la..biasa je rasanya Umi masak lagi sedap kot...cewahhhh..angkat bakul masuk sendiri ni..
Dah kenyang..balik terus ke Nilai Square...Nilai lagi..mesti la kan ada je nak beli. Sebenarnya Umi nak beli kain langsir..Dah 2 tahun tak tukar langsir..
Kejap je duk sini..Dah pilih2 berkenan terus je beli..Budak2 pun dah mengamuk penat...
Arfan sebenarnya bukan la penat tapi tak sabar nak main kereta control..Sempat lagi dia pau ayah kat Alamanda tadi..hadiah dapat no 1 katanya..
Sampai rumah hilang penat..terus main kereta control tu..Umi lak tak habis2 ngan keje ni..keje apa lagi kalau tak kemaskan barang2 dapur yg baru beli tu. Jap lagi nak prepare untuk masak lak..Ada lak yg request nak makan chicken chop sambil tengok bola.
Memandangkan hari ni Umi cuti...ooopppppsss cuti ofis 8-5 jer...Ofis yg satu ni tak pernah cuti..Tu la kekadang terfikir gak nak cuti sekali sekala..Tapi nak buat camnerr..pagi2 jerr dah Azim hari ni nak makan apa..tak pe la...memang dah pompuan macam ni la kan..
Kesitu lak Umi melalut ni..tadi nak cakap hari Umi cuti so boleh la masak yg special skit...special ke???? Untuk Umi yang bekerja ni rasanya special la kan..
Ni la hasilnye..Chicken chop dan Black papper steak.





No comments:

Post a Comment