Friday, June 1, 2012

Layan Movie

Sedar tak sedar dah dekat seminggu cuti sekolah..Kesian nengok budak2 ni..Hari2 bila balik kerja selalu dia org cakap..”Cuti dah banyak hari tapi kita tak pergi mana2 pun”...Mesti dia org boring kan. So Umi pun ambil la cuti hari nii..Plan nak bawa dia orang tengok wayang. Tak pernah bawa dia orang g tengok wayang ni..Seumur hidup Umi ni pun baru sekali je tengok wayang..Tu pun sepupu belanja.Masa tu pergi Johor rumah dia masa tengah tunggu nak masuk Uitm..Cerita apa pun dah tak ingat.
Memandangkan hari ni hari Jumaat..So plan ambil tiket yg petang la.. Pagi2 tadi pergi Banting jap..uruskan apa yang patut.Tapi sempat gak Arfan mengepau kasut kat bata ni..Nasib baik murah jerr...hehehhe..
Balik tu terus masuk dapur...jadi chef lak..Hari ni teringin lak nak makan asam pedas. Tadi dah beli ikan tongkol siap2 dah.. Seekor tu potong2 dapat 5 keping (ye ke keping...boleh la) skali ngan kepala.. 2 keping masak asam pedas dan selebihnya Goreng bercili ..kesukaan ramai. Pastu buat ayam goreng tepung skit.. Asam pedas tu sebenarnya untuk buat kuah dan sayur beni jerr..Tu yang letak ikan 2 keping jerr.. kalau tak letak ikan langsung rasa macam tak sedap lak.. Ni resepi Asam Pedas Umi .


Lepas sembahyang jumaat, dah makan..perut dah kenyang terus ke Alamanda. Sampai Alamanda dah nak Asar. Beli tiket dulu..Tak tahu nak tengok citer apa..kebetulan ada citer baru ..baru keluar semalam rasanya.. Man Sewel datang KL. Hero dia Shuib Sepahtu.

Tiket utk dewasa RM8 dan kanak2 RM6. Dah beli tiket, pergi sembahyang dulu..Movie to start kul 5 ptg.



Tapi citer ni biasa jer.. Awal2 cerita tu best la..kelakar. Tapi bila dah separuh tu boringnye..rasa slow jer jalan citenya..lambat pulak nak habis. Arfan dah start boring ..


Kali ini admin akan membuat review filem yang bakal ditayangkan pada 31 Mei ini iaitu filem Man Sewel Datang KL. Filem ini diarahkan oleh Abdul Rahman Adam. Dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam dan Cef Yang Jamil.

Sinopsis Man Sewel Datang KL :
Osman/ Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.
Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250, 000 untuk dijadikan modal perniagaan.
Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya, Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya, Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man mungkir janji cinta mereka dahulu.
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari, Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dengan kegiatan jenayah.
Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya?

2 comments:

  1. nasib baik tak jadi tgok last day..nyaris2 nak beli tiket

    ReplyDelete
  2. tak rekemen sgt...baik tgk citer lain. Citer dia biasa jer..cam drama dlm tv tu je kot :)

    ReplyDelete