Adik Umi outstation Tawau..Ni la ole-ole dari Tawau..
Udang Galah ni RM30/KG...Besar memang murah compare ngan kat sini
Udang Galah ni masak Rendang Pedas
Yg ni lak Lobster..RM50/KG.1 KG dapat la 4 ekor. 1st time ni nak masak n nak makan lobster seumur hidup ni..hehehe.Siap google lagi macam mana nak siang lobster..huhu
Yg ni masak pedas..Sedap rupanya Lobster ni..isi dia rasa cam ayam pun ader...banyak gak isi untuk seekor ni.ready to eat..
Pastu ketam masak lemak cili padi
Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Air Asia BIG SALE
Tuesday, March 27, 2012
Ikan Tongkol Goreng Bercili
Menu makan malam hari ni...simple je...padankan dengan sayur campur.
untu sape2 yg nak cuba resepi ni ....resepi seperti di bawah
bahan-bahan
5 tangkai cili kering (blend kasar)
Ikan tongkol (goreng)
bawang besar (hiris)
Bawang merah (hiris)
Cara-cara
Goreng ikan yang telah diperap dengan garam kunyit. ketepikan.
Tumiskan bawang merah.Bila dah naik bau, masukkan cili kering.
Masak hingga cili betul2 masak.
Masukkan bawang besar.kacau.
Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan yg telah digoreng.

Saturday, March 24, 2012
Check result exam
Sekarang ni kita dah boleh check result exam anak secara online melalui web ni
http://saps.moe.gov.my.
Pastu click button
atau boleh terus klik sini semakan ibubapa
http://saps.moe.gov.my.
Pastu click button
atau boleh terus klik sini semakan ibubapa
mandi manda di sungai congkak
Jom mandi mandi di sungai congkak...seronok sangat. Siap BBQ. Sampai2 je terus booking Pondok ni. RM 20 skali ngan parking.
pastu siap2 untuk BBQ.
Arang dan Fire starter..Senang sungguh guna Fire starter ni. kejap je arang dah membara.
Start BBQ. Mulakan dengan ayam yang diperap semalaman.
Ni je sempat snap gambar..yg lain dah selamattt hehehhe
Arfan yang tak reti sejukkkkkk....seronok dapat makan jagung rebus. Mia pun sama
Air sungai yg tenang

Friday, March 23, 2012
Fun Fair
Ni nak citer kami pergi Fun fair kat sebelah Tesco Nilai. Nama dia Euro Fun Park. Nak masuk kena tiket
RM4 Dewasa RM2 Kanak-kanak.Total kami berempat RM12. Itu masuk je belum beli token untuk main-main tu.
Ni tiket untuk Token. Baca betul2..."Untuk hari ini sahaja"
fisrt game yg dipilih. 3 Token untuk seorang.
Ready to go...
pastu naik lak yg ni Euro wheel. 4 Token seorang.
Yg ni lak 3 Token seorang..Ayah n Azim ready to go...Mesti tengah berdebar-debar ni..Tak tahulah yg ni nama apa.
Dah tergantung kat atas...tunggu nak kena jatuhkan.
Dah selamat turun...hahhaha...Azim tengah pening..Pucat lesi muka

Wednesday, March 21, 2012
Chicken Chop
Chicken chop sempena hari jadi Poksu Amir 8.1.2012 hari tu..Tapi baru update hari ni..Untuk yang nak cuba masak, ni resepinya
Ayam
Bahan-bahan
Tepung gandun
Biskut cream cracker
telur,garam,serbuk cili
cara-cara
1. Campurkan tepung, garam dan serbuk cili dan gaul sebati.
2. Gaulkan ayam dengan tepung
3. Celupkan dalam telur yang telah dipukul
4. Gaulkan dalam cream cracker yang telah dihancurkan.
5. Goreng ayam (gunakan api yang kecil)
Sos Blackpaper
Bahan-bahan
2 sudu besar serbuk lada hitam (blend @ tumbuk)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung
2 cawan stok ayam (air rebusan ayam)* kalau tak de gunakan kiub ayan pun boleh.
garam
seulas bawang putih (ricik halus)
separuh bawang besar holand (dadu)
cendawan (optional)
cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit planta@minyak masak sehingga layu/naik bau
2. Masukkan stok ayam dan serbuk lada hitam. Masak hingga lada hitam masak.
3. Masukkan sos cili, kicap manis dan garam. Kacau sebentar
4. Masukkan cendawan.
5. Bila cendawan dah masak, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Tuesday, March 20, 2012
Cukai..cukai...cukai...
Bulan 3 seperti biasa kita kena isi borang cukai. Kalau masuk web LHDN ni ada banner ....tapi situ dia tulis ayat best skit .." Bulan Perkhidmatan Pembayar cukai". So kalau nak jadi wira negara...isi-isikanlah.. :)
untuk isi on-line sila klik ke laman ni https://e.hasil.gov.my
Kalau orang biasa macam saya ni pilih la
INDIVIDU PEMASTAUTIN e-BE Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
Tapi sebelum login tu --- > Sila pastikan anda telah mendaftar Sijil Digital, sekiranya belum sila klik disini.
Monday, March 19, 2012
Adik adikku Musim 3 - Final
Ni keputusan Final Adik adikku musim ke 3. Best betul tengok adik adik ni. Sejuk rasanya. Tempat pertama Tempat kedua. Adik ni dari Brunei Tempat ketiga
Adik Muhammad Iqbal Zahin bin Mustafa KamalSaguhati
Part dia nangis tu memang real...Ingatkan adik ni boleh menang..kecik comel jerr.
Adik Muhammad Rafiuddin Rafdi bin Roslan
Adik Raja Nur Shazatul Aisyah binti Raja Idris Shah
Sunday, March 18, 2012
Pesta Belon Udara Panas
Petang tadi balik dari rumah mak PJ singgah kat Putrajaya nak tengok Pesta Belon Udara Panas...Sayang tak sempat...Jalan jam pastu parking pun tak de...Ni je la yang dapat share..huhuhu
pastu tengok la gambar yang ni...rupa-rupanya dia dah kemas..belon tu dah pun selamat kat dlm tu...
Kuih cara
Hari ni nak share resepi kuih cara. Kuih ni sesuai untuk minum pagi @ minum petang. Tambah dengan air kopi...memang sedap.Jom kita tengok respinya
Bahan2
3 Cawan Tepung Gandum
2 cawan air1 sudu besar minyak masak1 sudu kecil garamsedikit pewarna hijau1 cawan air pandan 1 biji telur Guls (untuk inti). Cara2 Blend semua bahan diats kecuali gula. Masak menggunakan acuan kuih cara.
Saturday, March 17, 2012
Menu lunch hari ni
Salam Sabtu semua...Hari ni nak share menu untuk lunch...simple je..
Sayur ladna dan ayam goreng tepung.....
Sayur Ladna (balance sayur dari cameron hari tu)
Ni Ayam goreng tepung (Guna tepung goreng Adabi)
Duk fikir hari nak masak apa lak....nmpak sardin..Ok la masak sardin je la..lagi pun dah lama tak makan sardin. Tapi sayur pulak....tengok dlm peti ada sayur bakchoi. kalau masak sayur ni tambah ngan udang dan sotong sedap juga.

BakChoi Goreng udang sotong
Bahan-bahan
Bakchoi
Udang
Sotong ( potong bulat)
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
cili merah
buah tomato
cili giling
sos tiram
Cara
1.Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
2.Masukkan bawang besar. kacau seketika
3.Masukkan cili giling dan sos tiram. Kacau hingga cili giling masak.
4.Masukkan udang dan sotong. Kacau lagi. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
5.Masukkan sayur, cili merah dan buah tomato.
6.Agak2 sayur dah masak tutupkan api dan bolehlah dihidang.

Thursday, March 15, 2012
Nasi goreng paprik
menu malam ni nasi goreng paprik....balik dari kerja hujan lebat..tu yang mereka2 nak makan apa.
dapat la idea nasi goreng ni..
Ni bahan-bahannya
tambahan - sotong/ayam/udang ****tapi letak ayam je (itu je yg ada)
Yang ni bahan untuk menumis
bahan yang tak de dlam gambar - cili giling,sos cili,sos tomato,garam, kicap manis
tadaaaaa....nasi goreng paprik dah ready. jemput makan
Monday, March 12, 2012
Cuti cuti di Cameron Highland (CH) Day 3 (Last Day)
Bangun pagi...dah sibuk berkemas...Dah siap kemas, turun bawah cari makanan...Sejuk2 ni apa lagi asyik igt makan je la..hari kami turun lambat skit so ada la gerai makan yang dah buka. gerai betul2 sebelah masjid depan hotel kami (sebelah restoran Pak nik Ikan bakar tu).
Gerai ni cuma jual nasi lemak, roti canai dan air..kami order roti canai 3 roti telur 1 dan nasi lemak 1. Hari ni dah malas nak buat air sendiri so terus je beli skali....Sementara duk menunggu roti canai siap sempat gak snap gambar Arfan yg tengah menggigil kat tepi tu...Sejuk tu..dengan angin lagi...perghh terasa sejuknya.
Dah makan...terus siap2 check-out...On the way balik kami singgah sekali lagi di Bharat Tea ni..nak beli teh skit lagi. Sempat gak posing jap...
Yang ni rumah english style..Azim nak juga bergambar kenangan...so ikut je la..
Cuaca hari ni mendung sikit tapi ok la...Masa kami perjalanan turun tu banyak kereta yang baru nak naik cameron...Kami masih lagi ikut jalan yang sama iaitu exit Tapah. Kalau ikut jalan ni ada satu Air Terjun iaitu "Lata Iskandar". Kami singgap jap memandangkan cuaca pun ok dan hari masih awal lagi...
Sebelum balik rumah kami singgah rumah mak kat PJ ..terus bagi ole2 dari CH.....pastu terus balik rumah....Alhamdullillah...selamat sampai..Nasib baik esok cuti lagi..fikir nak mendobi lak ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)