Monday, March 12, 2012

Cuti cuti di Cameron Highland (CH) Day 3 (Last Day)

Bangun pagi...dah sibuk berkemas...Dah siap kemas, turun bawah cari makanan...Sejuk2 ni apa lagi asyik igt makan je la..hari kami turun lambat skit so ada la gerai makan yang dah buka. gerai betul2 sebelah masjid depan hotel kami (sebelah restoran Pak nik Ikan bakar tu). Gerai ni cuma jual nasi lemak, roti canai dan air..kami order roti canai 3 roti telur 1 dan nasi lemak 1. Hari ni dah malas nak buat air sendiri so terus je beli skali....Sementara duk menunggu roti canai siap sempat gak snap gambar Arfan yg tengah menggigil kat tepi tu...Sejuk tu..dengan angin lagi...perghh terasa sejuknya.
Dah makan...terus siap2 check-out...On the way balik kami singgah sekali lagi di Bharat Tea ni..nak beli teh skit lagi. Sempat gak posing jap...
Yang ni rumah english style..Azim nak juga bergambar kenangan...so ikut je la..
Cuaca hari ni mendung sikit tapi ok la...Masa kami perjalanan turun tu banyak kereta yang baru nak naik cameron...Kami masih lagi ikut jalan yang sama iaitu exit Tapah. Kalau ikut jalan ni ada satu Air Terjun iaitu "Lata Iskandar". Kami singgap jap memandangkan cuaca pun ok dan hari masih awal lagi...
Sebelum balik rumah kami singgah rumah mak kat PJ ..terus bagi ole2 dari CH.....pastu terus balik rumah....Alhamdullillah...selamat sampai..Nasib baik esok cuti lagi..fikir nak mendobi lak ni.

No comments:

Post a Comment