Wednesday, July 4, 2012

Semalam on the way balik kerja dengar IKIM fm..Tajuk apa tak ingat dah Cuma Umi ingat cerita berkenaan cikgu/guru..
Penceramah jemputan tu pun Umi lupa gak nama dia.. Sampai pagi ni masih Umi ingat lagi dia cakap “Anak2 sekarang lebih banyak diajar oleh guru berbanding ibubapa..berbanding kalau zaman dahulu “ Dia cerita masa dia kecil dulu ayah dia yang ajar macam mana nak sembahyang..baca Al-Quran...Tapi sekarang jarang sekali ibubapa yang ada masa untuk check anak2 baca A-Quran..Dah la anak2 belajar semua tu dari sekolah tak kira la tadika ke..sekolah kebangsaan ke..sekolah agama ke..Kita nak dengar /check bacaan mereka pun tak sempat..
Hari biasa sekolah pagi sampai petang. Malam tusyen. Hari cuti tusyen lagi.. Ummmmpp. Bila Umi fikir2 balik memang betul la..Anak2 sekarang banyak masa dengan cikgu berbanding ibubapa. Kita sebenarnya ambil mudah..kita fikir anak dah hantar ngaji..kat sekolah cikgu dah ajar..Tapi kita tak ambil tahu pun betul ke dia faham macam mana nak sembahyang..mengaji betul ke tak...
Mari lah sama2 kita renungkan kita ni termasuk dalam kategory ibubapa yang mana..

No comments:

Post a Comment