Tuesday, July 17, 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..Semuanya selamat. Khamis lepas seperti entry Umi doakan-semuanya-selamat TokMa kini beransuh pulih.

Banyak perkara yang Umi belajar sepanjang 2-3 hari ni...1st sekali kita mesti ada ilmu bagaimana unutk wuduk dan sembahyang untuk orang sakit.. Tak kisah lah kita pesakit atau kita yang menjaga orang sakit..

Umi nak share skit berkenaan ambil wuduk bagi anggota wuduk yang berbalut ( macam kes TokMa ni, operate tapak tangan) . Kita cuma ambil wuduk ditempat yg tak berbalut. Bila semua dah baik baru la kita kena tayamum.

Mula2 tu pening duk fikir macam mana nak ambilkan wuduk unutk TokMa ni.Teringat kat sepupu Umi yang skolah pondok... Terus cal dia.. Tapi best je dia cakap.."Benda ni banyak pendapat, yg saya bagi ni cara yg paling mudah..Tapi kalau ada pendapat lain akak kena terima"...

Kami buat je la macam yang sepupu Umi tu ajarkan...Alhamdulillah ada juga dikalangan saudara mara yg boleh kami buat rujukan..

No comments:

Post a Comment