Sunday, April 1, 2012

Siakap Steam

Hari ni nak share resepi siakap steam..


Bahan
Ikan Siakap
Bawang besar (Hiris)
Bawang Putih (Hiris)
Halia (Hiris)
Serai (Ketuk)
Cili Api (ketuk)
Kiub pati ayam (Umi guna knorr)
Daun sup/bawang
1 Sudu besar perencah tomyam
Garam/gula secukup rasa
Limau nipis
Air asam jawa
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)

Cara

1.Masukkan air asam jawa,halia dan serai kedalam kuali. Didihkan
2. Masukkan bahan2 lain kecuali ikan, daun sup/bawang. biarkan mendidih
3.masukkan ikan dan perahkan limau nipis. Masukkan garam/gula secukup rasa.Tutup kuali dan masak dengan api perlahan.
4. masukkan air bancuhan tepung jagung.(ini untuk memekatkan kuah.Last sekali masukkan daun sup/bawang.

Rasa ikan ni masam2 pedas...kalau suka masam lebihkan perahan air limau. dan kalau yang suka lebih pedas tu letak la cili api lebih sikit. Masa nak hidang tu, susun salad (yg kerinting) didalam pinggan, baru tuangkan ikan dan kuah tadi.

kalau ada buah mangga masam tu lagi sedap. ricik halus2 dan masukkan semasa masak tadi (step no. 3)...fuhhhhhh memang lagi sedap.

No comments:

Post a Comment