Wednesday, May 30, 2012

Doa pagar rumah

Assalamualaikum,

Ini petua yang Umi dapat dari Tuan Haji Mohd Hanim Mohd Tahir ( Excel Training & Consultancy- Comp. Dato' Dr Fadzilah Kamsah). Company Umi hantar training motivasi 3 hari..Best sangat training..Semoga dapat manfaat bersama.

1. Cari penjuru rumah yang menghadap kiblat
2. Baca Bismillah
3. Baca Ya razak 10x
4. Surah Yasin (ayat 1-9) 1x
5. Pusing lawan arah jam kepenjuru seterusnya
6. Ulang langkah 2-5 dipenjuru kedua
7. Ulang langkah 2-5 dipenjuru ketiga
8. Ulang langkah 2-5 dipenjuru keempat.

Sebelum kita buat diatas, pastikan diri kita dalam keadaan tenang, selesa dan aman. INSYAALLAH.
Dan yg paling penting ialah ----->
" Semua benda yang kita buat adalah bergantung kepada niat"

Tuesday, May 29, 2012

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"

Sumber dari http://mstar.com.my/
 
***** Banyak duit..kalau kita nak beli Plat biasa harga RM300 pun tak sanggup..Banyak benda lain yg boleh dibeli dgn RM300 :)
 
 
Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"
 

PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".
Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1.
Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.
Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.
Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.
Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.
Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.

Saturday, May 26, 2012

Special la konon....



Semalam balik kerja Arfan sibuk je ajak pergi pasar malam..Padahal demam tu..Ntah apa yg dia tak tau la...Tapi pergi juga la ..balik malam tadi terus demam..tak tidur ..badan panas sangat.Masa nak balik tengah jalan ke kereta tu ,ada gerai baru jual ikan2 dari sabah. Nampak fresh.. Umi tertarik ngan satu ikan ni..tanya kaka tu dia kata ikan tu Ikan kerapu merah..Rupa dia macam kerapu cuma warna merah..Yg biasa Umi tengok kerapu yang warna hitam kelabu tu..Tapi memang cantik la ikan ni..Harga dia RM22/ KG..Umi beli sekor ..Timbang2 harga dia RM11 sekor.. Biasa kalau kerapu ni Umi masak sweetsour..Tapi bahan2 tak cukup lak..kalau tak ada nenas cam sedap lak.
So tukar menu..Umi masak tiga rasa. Pastu masak Tomyam sayur..Ala2 makan kat kedai TomYam..hehehe..Konon2 la.. Resepi ni senang jerr...Tapi tak tahu kalau org lain masak macammana.

Resepi Ikan Kerapu merah Masak Tiga Rasa
Bahan2
Ikan kerapu
3 ulas Bawang putih(hiris)
2 Ulas Bawang merah (hiris)
1 Biji Bawang besar(hiris)
1 Biji buah Tomato(potong 6)
1 biji cili merah (hiris)
3 Inci halia(hiris)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar cili giling
1 sudu teh kicap manis

Cara2
Goreng ikan yang telah diperap dengan garam dan kunyit.Ketepikan
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan halia
Masukkan cili giling, sos tomato dan sos cili. Goreng hingga cili masak
Masukkan kicap manis. Kcau sebentar. Masukkan sedikit air.
Tambahkan garam secukup rasa.
Masukkan cili merah dan buah tomato. Agak2 kuah dah masak dan sedikit pekat, Tuangkan keatas Ikan yang telah digoreng tadi..

Thursday, May 24, 2012

Masak yg simple je

Menu hari ni simple jerr..Nasi Goreng Ikan Masin. Bukan apa kat ofis tadi banyak betul kerja..Bila dah balik rumah mula la rasa malas semcam jerr. Tapi masak kena masak jugak kan..Kalau tak kesian budak2..Kalau selalu beli  kat kedai sebenarnya tak elok. Kita tahu sejauh mana kebersihan tu..Kat rumah InsyaAllah..kita yg basuh ...kita yg masak. Dari segi bahan2 lak dijamin halal.


Walaupun masak simple..Tapi ni favourite satu rumah. Ayah siap bertambah lagi makan..
Resepinya senang jerr...

bahan2

nasi putih
Ikan masin (Umi guna ikan tenggiri jeruk)
bawang putih (hiris)
bawang besar (hiris)
Cili api (ketuk*** kalau nak pedas lebihkan)
sayur2an...Umi letak carot ngan kobis serta kucai. Mana yg ada jer..
Telur

Cara2
Goreng ikan masin.
Bila dah agak garing masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau seketika.
Masukkan Cili api.
Pecahkan telur. Kacau lagi.
Tambahkan sedikit air.
masukkan sayur2an.
Masukkan nasi dan kacau sebati.

dah siap....simple je kan..tapi meletuppppp...tak caya cuba buat :)

Sekadar berkongsi apa yang telah dibaca

kat sini Umi akan berkongsi tentang buku2 yg telah Umi baca..InsyaAllah.. Ada beberapa yg dah baca cuma tak sempat nak update..

Wednesday, May 23, 2012

makan kuih je utk dinner


Dinner malam ni rasa macam nak makan kuih yang manis2 je..Lama rasanya tak masak Kuih Lompang pandan ni..Resepi ni Umi ambil dari myresepi.com..tapi Umi dah edit resepi ni .. senang sangat buat kuih ni..Bahan 2 pun senang. Resepi ni boleh dapat 16/17 biji kuih lompang ni..Umi guna acuan kuig lompang yg saiz besar sikit.Rasanya kalau guna acuan yg kecil skit boleh dapat lebih kot..mungkin dapat 20-22 biji.
Bahan2
2 cawan tepung gandum(ayak)
1 ½ cawan gula(Umi kurangkan skit gula)
1cawan air
1 cawan air daun pandan
1 sudu teh pewarna hijau
2 sudu besar tepung Ubi
1 sudu teh air kapur
1 sudu teh garam
Kelapa parut (gaulkan dengan garam dan kukus sekejap


Cara2
Sapukan acuan kuih lompang dengan sedikit minyak.
Blend semua bahan kecuali kelapa paru.
Tapis dan tuang kedalam acuan Kuih Lompang.
Kukus 20-25 minit.
*** Bila dah masak..jangan terus keluarkan dari acuan tunggu sejuk sedikit baru keluar supaya bentuk kuih nampak cantik.

Tuesday, May 22, 2012

Salam Rejab untuk semua...

Hari ni Umi nak share  petikan yg diambil dari http://www.jais.gov.my/


ADA APA DENGAN BULAN REJAB Print
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)

"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.



Thursday, May 17, 2012

Islam Agamaku

On the way balik kerja petang tadi..Dengar radio IKIM.fm segmen Islam Agamaku..Ustaz jemputan ialah Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew. Betul2 tersentuh dengar pengalaman Ustaz ni.

Ok lah ni serba sedikit apa yg Umi dengar.. Ustaz ni menceritakan bagaimana beliau mula2 sembahyang. Ayah Ustaz ni seorang muaalaf yang berkahwin dengan wanita islam. Tapi mereka hanya islam atas dasar nama..

Beliau mula sembahyang ketika berumur 12 tahun..Masih igt lagi cerita Ustaz ni macam mana beliau terbuka unutk sembahyang.. Masa beliau berumur 12 tahun seorang cikgu matematik ..setiap kali sebelum dia mulakan kelas, dia akan mengingatkan murid2 supaya sembahyang dan menggambarkan betapa panas dan siksa didlam nerakajika tidak sembahyang...Bermula dari situ Ustaz mula sembahyang..dan beliau berusaha menarik ahli keluarga beliau unutk menjadi islam sejati...
Oh ya beliau mempunyai 12 adik beradikyg mana 6 islam dan hindu atau Budha(x pasti)..

Panjang lagi cerita Ustaz ni...tapi tu la serba sedikit kisah beliau. Beliau juga ada menceritakan bagaimana beliau sekeluarga mendekati ahli keluarga yang bukan islam...

Tapi kisah beliau..betul2 buat Umi rasa betapa kita leka dengan kehidupan duniawi...Kita tidak bersyukur dengan dilahirkan sebagai seorang islam..dan bak kata Ustaz ..kita kurang menangis..sepatutnya kita kena banyak menangis mengenangkan dosa2 kita..dosa2 ahli keluarga kita..

Dan kita juga lupa mendoakan saudara2 kita...doakan kepada mereka yang belum diberi hidayah oleh Allah supaya diberikan hidayah..

itulah serba sedikit yg Umi nak kongsikan...Untuk pengetahuan, radio IKIM.fm ni tiap2 ptg ada segmen2 agama yg menarik...Marilah kita sama2 mendengar radio IKIM.fm sambil2 drive pulang dari kerja..InsyaAllah kita semua mendapat berkat...Amin..

Wednesday, May 16, 2012

meehon goreng dinner mlm ni

Malam ni masak meehon goreng jer untuk dinner...Senang. Budak2 pun tak kisah janji dapat makan. Bila nak makan tu, hancurkan keropok ikan yg dah digoreng..Pastu letak sambal cili skit.Kalau ada limau nipis, perah limau..Fuh...meletop.
Macam tu la kami makan meehoon goreng..Dari kecil lagi macam tu..Sesapa yang nak cuba cuba la...My Incik suami sekarang ni pun kalau makan meehon mesti nak set cam gitu gak...
Kat rumah Umi ni stock keropok ikan memang tak pernah putus...sentiasa ada..
Mana taknya, makan nasi goreng pun dengan keropok gak...sedap...cuba lah.

Sentiasa ingatkan Allah...InsyaAllah hati akan tenang

Dua tiga hari ni bdan rasa tak sihat je...biasa la sakit org pompuan...Tambah lak ngan stress...bertambah2 la sakitnye...
Semalam dah MC...Azim cakap kalau selalu MC ni mati cepat...hahahhaha...bukan apa dia kata M = Mati dan C=Cepat so jadi la mati cepat...betul juga tu.. J
Hari ni Alhamdulillah dah boleh kerja..tapi sampai je ofis...baca memo kat meja terus rasa nak berhenti kerja...bukan nak sambung MC lagi dah..kan asyik MC je mati cepat lak ..hehehhe...
Tension jerr rasa pagi2 ni..kekadang terfikir susah gak jadi baik ni..org suka buli.mentang2 kita tak suka melawan.. malas nak layan memo tu..gi breakfast dulu..isi perut kenyang2. Pastu bila duk depan PC...Igt Allah banyak2.. Alhamdulillah...tenang je rasa hati.
Ingat kerja ni kerana Allah... supaya gaji yg dapat sentiasa berkat. Betul lah bila kita mengingati Allah Hati akan Tenang...
Itu sajalah yang Umi nak kongsikan hari ni.. Kepada sesiapa yang tengah stress tu, rest sekejap...tarik nafas panjang2...dan ingatlah pada Allah..InsyaAllah semuanya akan mudah.
Selamat menjalankan tugas2...dan ceria2 lah sentiasa...

Sunday, May 13, 2012

 Ingat lagi tak entry Umi   cuti-masak terima-kasih-incik-suami....pasal ada ofismate My Incik Suami tu nak order Apam Polkadot utk birthday anak dia...Resepi sama macam yg dah Umi sharekan sebelum ni.


Yang ni ready untuk nak isi dalam paper cup. Sepatutnya kena masukkan dlm plastik piping(betul tak eja) tu..Tapi terlupa nak beli..So guna plastik biasa je..


Mula2 susun paper cup dalam acuan lompang. Pastu Isikan warna merah 3/4 dari cup.Pastu letak filing strawberry. Tambahkan lagi warna merah hingga penuh cup.  


Buatkan dot2....Member ni request warna merah dot2 hijau.. Untuk tulisan lak warna merah tulisan putih. Dah siap buat dot2 dan tulisan, pastu kukuslah..

Ni la hasilnya...


Thursday, May 10, 2012

Cuti Masak...Terima kasih Incik Suami



Yea....hari ni cuti masak....thanks to Incik Suami...semalam dia janji ngan Arfan kalau baca elok ayah belanja...so si Arfan ni demand tak ingat...terus minta belanja McD...
Kalau camtu kena terima kasih juga la kat Arfan kan..kan...Ok la..Thanks to Arfan jugak..
Kebetulan nak ke Banting nak cari bahan2 untuk buat Apam polkadot. (nanti Umi share ye..).ada ofismate husband order untuk besday anak dia ahad ni..So terus je la ke McD Banting..
Kami order  Family Dinner Box...untuk 3-4 org..Harga RM29.90..rasanya berbaloi..coz dalam set ni ada



                                             
1 biji Spicy Chicken McDeluxe...Yg ni Arfan punya share ngan Umi


2 biji McChicken..1 untuk ayah 1 untuk Azim

Ni share 4 org...tapi Arfan paling banyak..


1 Sundae Strawberry dan 1 Sundae Chocolate



last skali....2 fries dan 3 coke..


Sunday, May 6, 2012

Lepak2..dan makan2 dan minum2..


Balik dari rumah mak kat PJ...teringat tempat ni...   jalan2..cari...   kebetulan perut pn lapar..Bukan apa tengahari tadi makan kat kenduri kawin..Biasa la kalau makan kat kenduri rasa tak puas sangat..tu yang cepat lapar..
1st datang hari tak sempat nak snap gambar. Entry kali ni Umi sertakan gambar skali. Ni la banner kat tepi jalan nak masuk...
Yang ni lak kawasan sekitar tempat ni...best la tempat ni...santai je..Belakang pokok tu sebenarnya boleh nampah kubah Masjid Putrajaya..Tapi dlm gamabr ni tak nampak lak..

Arfan ni lak pantang nampak air..mula la nak berposing je...
Ayah tersenyum je menunggu makanan.



Kali ni kami order laksa penang, Nasi lemak ayam berempah(sedap...). Kalau sesiapa pernah makan kat persint 9 putrajaya..nasi lemak ni rasa lebih kurang yg kat situ la.. Lepas tu Arfan nak makan chicken chop ..order satay skali ...Lapar sungguh ..tu yg order macam2..Tapi Alhamdulillah...habis semua..tak membazir..

Saturday, May 5, 2012

Buang lemak lagi

Ingat lagi tak hari tu sesi membuang lemak -----> Jom buang lemak hari ni penuh semangat datang..walaupun dari rumah gerimis je....Ni la tempat tu..Kali ni sempat snap gambar...Ni pintu masuk..
Tapi frust nye....rupanya kat sini mungkin malam tadi hujan lebat...ta de org pun..Tu tak pe lagi..track pun basah...tengok la ni...
Dan ini....
Tapi semangat punya pasal...Alang2 dah sampai basah pun basah la..joging tetap joging....cuma lambat skit la berpeluh..maklum la dingin jerr....Tapi apa2 pun tetap keluar peluh gak... :)

Friday, May 4, 2012

Ana Ikan Bakar lagi..


Dah lama plan nak makan2 ni..kali ni ngan family sebelah Umi lak..Tapi tu la masing2 sibuk kan..cari2 date dapat la date hari ni...Mula2 tu macam nak pergi makan tempat lain tapi bila teringat tomyam kat Ana Ikan Bakar Petai ni..terus set sini jerrr..

Umi cam biasa la..balik keje..mandi2 terus keluar..sampai kat situ ngam2 azan magrib..tapi seperti yang Umi cite sebelum ni la kan..kat sini ada sediakan surau... Kali ni Umi senpat snap gambar...




Makan order lebih kurang hari tu je...sebab tu tak ada gambar dah kali ni..Tomyam mesti WAJIB order ... Ma(Umi panggil mak Umi ni Ma) pun kata sedap..siap bertambah2 nasi..Cuma kali ni kami cuba order sata(tak la betul ke tak ejaan)...sedap rupanya benda ni...hehehe...Lain kali kalau datang lagi sini boleh order lagi..

Wednesday, May 2, 2012

Jahit baju kurung

 Ingat tak hari tu Umi g shoping moping kat Nilai square tu...Dah beli kain mesti kena jahit baju lak kan...Ni la mesin jahit Umi...Dah agak lama juga tak jahit baju kurung ni...So kali ni ada duit lebih skit beli banyak skit kain pasang...senang...skali potong..pastu jahit....Cite pasal jahit baju kurung ni, bila dah tahu jahit sendiri rasa sayang je duit nak hantar tempah kat org..Kalau kat area Umi sekarang ni sepasang baju kurung dah RM30..kalau 5 pasang tak ke RM150...dah boleh kain pasang kan...

Ni la kain2 yg dah sedia untuk dijahit...ada lagi yang belum dipotong..Bukan apa..Nak kena tunggu betul2 ada mood nak potong baru boleh..padahal bukan susah pun...Tapi tu la kan nak kena tunggu mood juga...Nasib baik la baju sendiri. kalau ambil upah sah2 tak de org nak tempah..hehehe
                                            

Tuesday, May 1, 2012

Jom buang lemak

Jom buang lemak???Hehhehe..macam mana tu?? Sempena cuti Hari pekerja ni tetiba lak rasa nak buang lemak2 yg ada kat badan ni.
Dah lama duk plan setiap haru sabtu nak g jogging. Tapi biasa la plan je memanjang...Tapi pagi ni disebabkan ada org bagi semangat..

Dah agak lewat buat keputusan nak pergi ni...dah dekat kul 8 pagi..Kami pergi kawasan taman rekreasi kat banting..Betul2 depan hospital. Strategik sungguh tempat ni..Mana tak nya bila tengok hospital tu lagi semangat la nak jogging...takuttttt...kan kata pepatah "Mencegah lagi baik dari mengubat"..

Satu round jogging tu tak berpeluh lagi...dah cuak dah...sihat ke aku???Tak pe cuba lagi 1 round...haaaa baru berpeluh. Pagi ni buat permulaan setelah beberpa kurun tak jogging..dapat la 4 round..consider ok la tu..sedapkan hati..

Kat tengah2 taman ada 2 org chinese bagi check kesihatan free..yg penting FREE..tak kira la dia nak promote apa..So aku pun check la...yg lain ok cuma lemak dalam badan terlebih..Septutnya tak bolh lebih 21.2 %..Umi punya 32.2%...waaaaaaaa..nangis tengok..banyak tu lebihnya..patutla badan rasa cam ada spare tyre jerk...huhuhu...

Lepas ni kea betul2 displin..Tiap2 minggu kena jogging. Oh ye..budak chinese sebenarnya dia promote kedai makan dia..kedai makan tu katanya ada sediakan sarapan nutrisi..Ada teh yg untuk menjaga kesihatan..
Next time Umi letak gambar sekali...tadi tak sempat coz excited sgt. :)


Ok la...tu je nak share sempena hari pekerja ni...Nak balik masak untuk lunch lak..