Saturday, April 28, 2012

Jalan2 cari...

Hari ni seperti biasa la..Kalau dah dapat gaji kami biasanya pergi beli barang2 dapur kat Care4 Alamanda Putrajaya. Pergi dah petang coz nunggu Incik Suami balik keje..Biasa la dia cuti hari Ahad je.. Dah beli2 apa yang patut (Tapi terselit gak apa yg tak patut tu...hehehe) cari tempat nak melepak sambil2 minum. Food Court kat Alamanda tu tutup lagi.

Plan asal nak makan kat persint 9..Tapi pernah pergi bilan lepas tak best dah tempat tu..Tau nape...Pekerja ramai bangla.Kalau setakat yg cuci pinggan tu tak pe la juga ..Ni yg duk masak2 pun sama.Tak peka betul la owner gerai2 tu...Tak lalu lak rasanya nak makan bila tengok tu...

Pusing2 Jumpa la tempat ni..Selera Laman Perdana betul2 sebelah Masjid Putrajaya..Tempat ni dibuka setiap hari dari kul 4 ptg hingga 11 mlm. Tempat ni aje dibuka 1 mac 2012 hari tu.
Best juga..tempat dia open ..tengah2 ada meja2 makan. pastu ada pool kecik...tepi2 ada gerai2..ada roti canai, nasi ayam, mee sup, kebab,western food..dan byk lagi la..

Syok lepak sini...Kami order ni

Kuey teow goreng kerang..sedap


pastu Azim makan Chicken Chop...Tapi dia kata Umi buat lagi sedap.. :)

Tuesday, April 24, 2012

Asam Pedas

tengahari tadi kat tengok ofismate tu makan Ikan pari masak asam pedas...bau cam sedap je...Nak makan juga takut dia org letak belacan lak.. Terus plan balik nanti nak masak asam pedas.

Godek2 dlm peti...semua bahan2 ada..cuma yg sedih tu bendi ada sebiji jer..boleh lah..

Umi masak la asam pedan ikan bawal. Tapi resepi Umi ni tak letak belacan ye...Maklumla alergi ngan belacan...huhuhu



Bahan2

Ikan Bawal (2 ekor potong 2)
Daun kesum
Bunga kantan
2 ulas bawang merah*
1/2 biji bawang besar*
2 biji cili api(Kalau nak pedas tambah la.)*
1 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas.*
1 cawan air asam jawa
1 1/2 biji buah tomato(potong 4)
1/2 biji buah tomato*
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar kicap manis.
1 cawan air

Cara2
Blend semua bahan bertanda *
Tumis bahan yg telah diblend
Bila dah naik bau, Masukkan cili giling.Tumis hingga masak.
masukkan daun kesum, kacau sekejap.
Masukkan air asam jawa, bunga kantan. Biarkan mendidih.
Tambahkan air. Bila dah mendidih masukkan kicap manis.
Masukkan ikan.Perasakan garam.
Masukkan buah tomato dan bendi.Agak2 kuah dah pekat tutup api.
Sedia untuk dihidang.

Saturday, April 21, 2012

Salam hari Sabtu

Salam Sabtu semua...
ok hari ni Umi nak share lauk makan tengahari hari ni...Azim ada sekolah ganti..So masak awal sikit la. jap lagi kul 12 dah nak kuar nak g ambik Azim balik sekolah.

Hari ni masak 2 lauk..Satu Ikan masak asam rebus dan lagi satu untuk budak2 ni masak ayam masak sizzling.
Umi share dulu resepi Ikan masak asam rebus.Ada setengah orang dia orang letak belacan.Memandangkan Umi ni tak boleh makan belacan..So tak letak la.


bahan2
Ikan tongkol (potong)
Daun kesum
Bunga Kantan
Bawang merah*
Bawang putih*
halia*
lengkuas*
Cili api*
Bendi
Cili giling
Air Asam jawa
Asam keping
Buah tomato (potong 4)

Cara2
1.Tumbuk bahan bertanda *
2.Satukan semua bahan2 termasuk yg di tumbuk kecuali ikan, bendi dan buah tomato.
3. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula.
4. Masukkan ikan. Bila ikan dah masak masukkan bendi dan buah tomato.


Ok ni resepi kedua..Ayam Sizzling.Kenapa ayam sizzling????Ha...sebab rasanya lebih kurang macam sizzling cuma tak ada cendawan je.Azim memang suka sangat lauk ni..kalau boleh tu nak makan lauk ni je..Sama gak kalau bulan puasa.Asyik minta masak lauk ni je.Sampaikan Umi yang masak ni pun dah naik muak nengok..Dah..dah..tak yah cakap banyak..kita tengok resepinya.

Bahan2
6 ketul Ayam
3 sudu besar gandum
garam
kunyit
1 biji telur
Halia (Hiris)
2 tangkai cili kering
2 biji Bawang putih
1/2 biji Bawang besar
1 sudu besar cuka
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos tomato
2 sudu besar Cili giling
2 sudu besar Kicap manis
2 sudu besar Kicap Masin

Cara2
1. Gaulkan ayam bersama garam, kunyit dan telur.Kemudian masukkan tepung gandum.
2. Goreng ayam dan ketepikan
3. Tumis bawang putih dan bawang besar serta cili kering dan juga halia. Masukkan cili giling
4. Bila dah garing, masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan kicap masin.masukkan cuka
5. Tambahkan air dan masukkan ayam. Biar mendidih sehingga kuah menjadi pekat.

Thursday, April 19, 2012

Dinner Roti Jala

Balik keje tengok Ma ada masak kari ayam..So apa lagi buat la roti jala. dah lama pun tak masak roti jala ni.



Nak masak juga ke??? Ni resepinya

Bahan2 untuk Roti Jala

3 cawan tepung gandum
3 cawan air (cawan yg sama)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning telur
1 biji telur

Cara2

Blend @ mix semua bahan diatas menggunakan mixer sehingga sebati.
Tapis adunan.
Dah siap...boleh la menjala. Test dulu masukkan kedalam acuan roti jala, Kalau ia keluar tanpa tersekat kira ok la tu.
Tapi kalau macam sangkut tu tambah sedikit air..mungkin adunan tu pekat sedikit.


Monday, April 16, 2012

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk Arwah Abah..


"Ya Allah engkau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil sehingga sekarang. Lapangkanlah kuburnya, terangilah ia dan tempatkanlah rohnya dikalangan orang2 yang beriman. Amin".


Ni la gambar kubur arwah abah Umi. Arwah Abah meninggal bulan 11 tahun 2004. Masa tu baru lepas Raya Puasa. Arwah Abah ni meniggal boleh dikatakan mengejut juga. Pagi sabtu Arwah mengadu sakit dada.Tengahari tu bawa pergi klinik, doktor kat klinik kata dia suspect jantung..tapi kalau nak pasti dia buatkan refer letter suruh pergi check kat hospital. Masa tu kalau dari rumah Umi ni hospital yang paling hampir Hostipal Banting. Dari klinik terus bawa pergi Hospital..Terus masuk emergancy.Masa tu Umi dan My Incik Suami dia org suruh tunggu kat luar. Beberapa jam duk nunggu tu...dia org tak panggil2 masuk, so Umi pandai2 je masuk kat bilik emergancy tu..Terkejut tengok Arwah badan dah penuh ngan wyre..Doktor panggil Umi dan bagitau Arwah kena serangan jantung tahap kritikal..Anytime je jantung boleh berhenti...Terus Umi nangis ... dan keluar dari bilik tu sebelum Arwah nampak. Telefon mak dan adik..Dia orang datang. Masa dia orang sampai Arwah abah dah stabil dah boleh pindah masuk wad biasa. Lega masa tu..Tapi memang Allah dah tetapkan sampai sini je Arwah ni hidup..lebih kurang kul 5 ptg lebih Arwah meninggal...Tapi Alhamdullillah kami adik beradik sempat bergilir2 ajar Arwah mengucap sampai beliau menghembuskan nafas terakhir.Sampai sekarang Umi masih teringat saat tu...Saat yang paling Umi tak boleh lupakan sepanjang hayat...Orang yg kita sayang telah meninggal kita buat selamanya. Masa tu adik bongsu Umi - Poksu Amir baru darjah 5. Tahun depan nak UPSR...Bila tengok dia bertambah sedih...kecil2 lagi dah tak de Abah. Bila teringat kat arwah selalu tengok gambar ni sambil2 tu baca Al-fatihah.

Dikesempatan ni Umi nak kongsikan bersama .. Pesanan dari ustazah ngaji Umi. Beliau bagitau rajin2lah kita bersedekah atas nama arwah mak@ayah kita. Kerana jika mereka masih hidup pun kita tiap2 bulan bagi mereka duit. Dan tak semesti bila mereka dah tak ada, pemberian tu berakhir. Cuma cara dan bagaimana pemberian itu berbeza.

Contohnya macam sekarang ni banyak rumah2 tahfiz atau pondok2 agama yang tak dapat bantuan..cuba2 la kita bersedekah untk org tersayang..

Lagi satu pesan ustazah kita kena rajin baca Al-Quran kerana bila diakhirat nanti apabila dibangkitkan, ibubapa yang mana anak2nya membaca Al-Quran akan bangkit bersama mahkota yang berkilau diatas kepala mereka.
Kalau kita mahu melihat ibubapa kita memakai mahkota yg berkilau, rajin2 lah kita membaca Al-Quran. DAN jika kita mahu memakai mahkota, ajarlah dan didiklah anak2 kita supaya cintakan Al-Quran.

TAPI..kalau nak mendidik anak2 kita kenalah tunujukan teladan(maksudnya kita pun kena rajin baca Al-Quran)..Ni peringatan untuk diri Umi sendiri..
Sama-samalah kita beramal.



Sunday, April 15, 2012

Apam PolKaDot

Apam Polkadot
Resepi ni Umi dapat dari oficemate. 1st time buat beria la buat dot-dot tu sebelum kukus... Bila masak frust betul dot-dot hilang..huhuhu...Arfan cakap “Apam tak jadi Umi..tapi rasa ok la”. Pastu rasa tak segebu yang officematenye. Sebab tu Arfan cakap rasa OK la.. :).Rasa yang dia bawa tu ok jerrr sedap n gebus...mungkin cara timbang bahan2 tu tak betul kot. Ni 2nd trial..edit-edit sikit bahan-bahan tu..
Akhirnya jadi juga Umi buat Apam yg dot-dot ni ... rasa nak nangis lak sukeeeeeeeeee sgt.. Kali ni Arfan cakap “Apam dot2 jadi”...hehhehe... Lepas tu asyik duk tanya jerr “Bila lagi Umi nak buat apam dot2 jadi tu”. Suka suki jerr dia letak nama..(Gambar tak semapat nak snap...teruja sangat...)

Kali ketiga buat cuba lak Angry bird and lady bird...seronokkkkkk...jadi...Warna hitam tu hasil campuran 3 warna (biru+merah+kuning).



Dah nak last2 tu dah malas buat bentuk kat atas tu...tulis jer..jadi la nama Arfan dan Azim :)


Saturday, April 14, 2012

Ayam Masak Blackpaper




Ni menu makan tengahari tadi...Masak yang simple2 je..Badan tak larat sangat lagi..Maklum la baru baik demam.
So masak ni senang je..campak2 je.

Bahan2
Ayam dipotong dadu ** Perapkan dgn kunyit + garam + tepung jagung.
lada hitam (tumbuk)
bawang putih (hiris)
bawang besar (hiris)
Capsicum (potong dadu)
Kicap manis
Kicap masin

Cara2
Goreng ayam dan ketepikan
Tumis bawang putih ..bila dah naik bau masukkan bawang besar
Masukkan lada hitam dan sedikit air. Biarkan seketika
Masukkan kicap manis dan kicap masin
Bila dah masak, masukkan ayam biarkan seketika.
masukkan capsicum. Biarkan seketika hingga kuah jadi pekat.



Lagi Tempahan dari Pn Amal

Baju ni jubah plain .. Jenis kain ni tak tahu la nama apa..tapi kain ni sama ngan kain tudung tu..ala..sekarang ni tengah glamor baju ni..
Ni baju sebelum jahit manik. Sori la gambar tak cantik..Tak tahu lak kenapa.


Umi gunakan dua color iaitu pearl dan light gray.Ada tiga saiz


Ni bahagian lengan baju..



Ni badan. Pn Amal ni minta jahitkan bahgian pinggang je..






Friday, April 13, 2012

Makan Besar Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi

Malam ni kami makan besar kat Ana Ikan Bakar Petai sempena Anniversary Abah ngan Mak mertua yang ke 36 tahun..Dah 36 tahum mereka hidup bersama..Alhamdulillah...Moga2 kami pun akan berkekalan dan bahagia seperti Abah dan Mak...Amin...
Actually makan2 ni skali sambut hari jadi Abah yang ke 62 tahun...Sihat lagi Abah pada usia ni...Kita nanti macam mana la ..mudah mudahan sihat selalu...

Ok la..Tak nak lengahkan masa..Ni la kedai Ana Ikan Bakar Petai(AIBP) tu. Ni cawangan dia..Yang main kat Tanjung Lumpur Kuantan. My Incik Suami pernah la datang sana makan..


Kami sampai awl. Baru masuk waktu magrib.Kat sini tak yah risau..ada disediakan surau..toilet..tempat parking pun banyak..Sampai2 je kami order dulu...pastu pergi sembahyang.
Sementara tunggu yg lain sampai, kami ode dulu kerepok lekor..satu pinggan RM2


Ni la menu2 yg kami orde. Cuma terlupa nak snap gambar ikan bakar petai.Kami ode ikan siakap dan ikan pari



Masa mula2 sampai tomyam ni tengok...nape pelik rupa dia...Biasa color cam merah2 skit...Tapi bila rasa...fuhhh sedap gilerr..1st time makan tomyam ni...rupanya tomyam ni campur santan..sedap sangat...memang kalau lain kali datang lagi mesti nak order tomyam ni..Pastu isi dalam tomyam tu banyak...memang tak kedekut. Biasanya kalau kedai tomyam lain...harapkan bawang ngan serai je banyak..



Ni biasa la..Kailan ikan masin..


Sotong Goreng Tepung...Dia orang kata sedap..Sorry la Umi tak leh makan sotong..nanti gatal...waaaaa...terliurnye...ambil bau je. Sotong ni kalau sebelum masak...besar...panjang dia lebih kurang dari jari ke siku...kami ambil 3 ekor. hasilnya......tengok la sendiri


Udang kami order Udang masak pedas..


Lala kami orde masak sweet sour..sekilo. satu pinggan ni 1/2 kg.


Ikan kerapu masak tiga rasa


Tengah telan air liur ni.....tapi sabar... tunggu yg lain sampai dulu...lagipun janji kul 8.30...ni baru kul 8.15...


Akhirnya penantian kami berakhir...
happy birthday Abah...Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta berbahagia dunia dan akhirat....


Ready..jemput makan semua


Ni gambar2 beberpa minit selepas kejadian....hahha....Memang sedap..





Boleh fikir sendiri la kan...sedap ke tak sedap makanan kat sini...hehehe...

Overall makan sini...Besttttt dan sedapppp.Tempat dia pun selesa..pekerja dia pun mesra alam..Kesimpulannya boleh datang lagi... :)

Sempat lagi sebelum balik tu...




Gigi Arfan dah dicabut..

Minggu lepas ada nurse datang Tadika Arfan...Dapat surat kena pergi klinik...Tapi klinik ni untuk kanak2 tadika setiap hari jumaat petang jerr..So hari ni minta balik awal skit..Sampai klinik lebih kurang kul 3..

Ambil no...No sekarang 7



Tunggu...tunguu..lebih kurang 1/2 jam...akhirnya giliran Arfan...Relak je Arfan ni..maklumlah dah biasa datang sini..Rupa2nya kanak2 ni start umur setahun dah boleh bawa check up kat klinik gigi ni...
Arfan ni masuk ni dah 4 kali datang..sebab tu dia steady je...


Jeng2..jeng2....Tiba2 bila nurse check gigi depan dia kena cabut....hah????terkejut la dia...ingatkan tampal cam biasa tu..
Skali kena cabutttt...2 skali gus...Yg satu tu dah goyang..dan yang satu lagi tu dah ada gigi baru tumbuh..Nampak tak warna putih kecil tu..tu gigi baru la.

Ni selepas kejadian..mood tak ok lagi...nak snap gambar pun tak nak..

Ni dah ok skit...


Ni tengah tunjuk kat ayah....gigi dia dah tak de


yg ni dah ceria..mungkin dah tak rasa sakit...on the way nak g makan Kat Bangi..Kat Ana Ikan Bakar Petai (AIBP). Siap cakap lagi.."Nanti ayah jangan bagitau Tok gigi Arfan dah tak de"..Skali bila jumpa dia yang beria tunjuk..hahahaha


Wednesday, April 11, 2012

Nasi Bukhari

Hari ni cuti sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong. Dah plan nak masak nasi Bukhari. Hari tu masa g Carefour Alamanda dah beli siap2 rempah Bukhari Faiza.Pernah dengar tak? Kalau tak pernah tengok.. camni la rupanya.


Kalau nak tengok resepi asal dari Faiza ni sila ke sini http://www.faizaspices.com
Tapi sorry la ye ..Umi dah adjust resepi tu...Ikut tekak sendiri. Dalam nasi tu letak ayam skit jer..Selebihnya masak Ayam beriani.
Dlm gambar tersilap...sepatutnya Bukhari bukan Bukhara***




Nak resepi ke? Tapi ni resepi yg dah diadjust la..





Resepi Nasi Bukhari
3 cawan beras basmathi(Umi guna cap Maharaja)
4 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
segenggam daun pudina
Cili hijau(tumbuk)
Sedikit daun bawang
2 helai daun pandan
Bawang besar (hiris)
Rempah 4 sekawan (Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,cengkih)
3 sudu besar rempah Bukhara Faiza
2 sudu besar tomato puree
Garam
Kismis

Cara2
Tumis bawang besar dan rempah 4 sekawan.dan masukkan rempah Bukhara Faiza dan tomato puree
Masukkan daun pudina.Bila dah garing masukkan daun bawang dan susu cair serta garam.
Tuangkan kedalam rice cooker.
Susun ayam yang telah di goreng (separuh masak)
Masukkan beras dan daun pandan serta kismis. Gaul sebati. Masukkan air.
Bila dah masak taburkan dengan bawang goreng.


Resepi ayam beriani

Bahan2
sedikit daun pandan
Daun bawang dan daun sup
1 biji Bawang besar(hiris)
1 biji bawang besar*
4 ulas Bawang merah*
2 ulas Bawang putih*
2 inci Halia*
3 biji Cili hijau*
Ayam (Goreng separuh masak dan ketepikan)
1 biji Buah tomato
2 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar rempah bukhari Faiza
2 sudu besar cili giling
1 cawan susu cair
2 sudu besar bawang goreng
1 biji cili merah (hiris)

Cara2
Blend semua bahan2 yg bertanda*
Tumis bawang besar yg dihiris.
Masukkan bahan yg diblend.Kacau hingga naik bau.Masukkan daun pandan
Masukkan cili giling dan sos cili.
Bila dah garing masukkan rempah Faiza dan tomato puree.
Kacau sehingga rempah betul2 masak.
Masukkan daun bawang dan daun sup.
Masukkan ayam yang telah digoreng. Tambahkan sedikit air. Biar seketika
Masukkan susu cair. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan bawang goreng dan buah tomato. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Agak2 kuah dah pekat (lebih kurang macam masak merah) boleh lah tutupkan api.

****Senang je buat ni ..cuma bahan2 tu cam banyak je.


Monday, April 9, 2012

Baju Mak

Manik Baju Mak..Baju ni warna hijau pekat..padankan dengan kain corak macam kain batik..So bunga tu Umi tiru corak yang kat kain..walaupun x sama tapi ada la juga persamaan..


Sunday, April 8, 2012

Janji mesti ditepati..

Pelik kan tajuk entry kali ni...Sebenarnya dah janji dengan My Incik suami ni..nak pergi kedai ni nak belikan hadiah besday dia...nak tahu kedai aperr...tengoklah gambar ni...hehehe...semua tahukan kedai ni...Ni al-ikhsan kat batu tiga Shah Alam. Balik dari rumah mak singgah la sini dah alang2 dekat dah tu..



Konon2 nak beli hadiah je...Tapi Umi pun terrrrrjebak sekali..tengok la yg warna coklat tu..huhuhu ... Ni la namanya "Unplanned cost"..cewahhhhcam belajar ekonomi lak..
Pastu kena pau lak ngan Azim n Arfan botol air ngan bola..Tak pe la bukannya orang lain pun. :)Shopping lagi... Padahal pagi tadi dah shpping kat Nilai Square..


Dah bershopping mopping tu... rasa cam lapar lak.. Dah dekat Shah Alam ni pergi la makan kat area ni..lupa lak nama dia apa...

Kat sini ada Restoran Syed...depan dia ada tempat rekreasi...boleh lepak.. Si Arfan ni pantang tengok air sibuk je.. Nasib baik nak berposing je..kalau minta nak mandi????



Kat depan Restoran Syed tu ada stall kecik2 ... kami makan kat sini la..kat Big Mug


(Kalau tak silap pernah masuk Rancangan Warung kita terbitan astro).
Sementara tunggu order kami tu kami beli popia kat stall sebelah..Boleh tahan gak harga ..RM1 satu...terkezut gak... eh..eh...tapiiiii...rupa-rupanya bila makan tu kat dalam tu dia letak telur rebus...ha tu la jgn terkezut dulu... Tapi Umi tak berapa suka telur rebus so rasa cam biasa2 je la popia ni..


Dah sampai pun Tembikai Laici...Tu dia...besar mug tu lagi dari kepala budak2 ni...Arfan tu sedap sangat la konon2...


Ni Ayah punya Nasi lemak Rendang Daging.. Azim Nasi lemak biasa je...Sedap nasi lemak nii...Kami sukeee..


Tadaaaa...Ni Umi punya Meehon Sup..Diet la konon2 tak nak makan nasi...Pastu siap syer ngan Arfan.


Shopping moping di Nilai Square

Perut dah kenyang..Mengemas sudah..Sampai masa untuk bershopping..
Banyak kedai kat sini..Tapi kami tertarik ngan kedai ni..


Suasana dalam kedai



Ni antara yg kami beli...boleh tahan gak berhelai-helai la juga..


Breakfast hari ni...hari minggu .. Nasi goreng kampung

Nasi Goreng Kampung

Hari ni masak nasi goreng untuk breakfast...rasa macam nak makan yang berat sikit.Maklum la jap lagi nak g tawaf Nilai square....Pernah dengar Nilai square tak? Nilai square ni terletak Di Nilai Negeri Sembilan. Tempat kedai2 kain yang banyak2 tu..masa mula2 buka dulu kedai-kedai kain ni kat Nilai satu..Pastu semua kedai tu pindah kat Nilai Square ni..
Nama je pindah..sebenarnya bukan jauh sangat pun...seberang jalan je..hehhehe...



Dah habis makan nasi goreng sepinggan..kena dengan nescafe tarik...fuhhhh Alhamdulillah...kenyang teramat. So sementara tunggu kul 9.45 nak pergi Nilai square ni...kemas la tempat melepak.

Mesti tertanya-tanya kan "Tempat melepak" ??? tempat apa tu???...Ha...sebenarnya rumah kami ni kat depan tu kami buat satu sudut yg boleh duduk2 melepak...so dapatla idea untuk letak nama "tempat melepak"..tu je citenye....

walaupun depan rumah tu tak besar mana tapi nak juga ada "tempat melepak ni"...Nanti satu hari Umi akan letak entry "Tempat Melepak".

Nak resepi Nasi goreng ni ke???Resepi dia biasa2 je..Senang sgt. Tapi tak pe la Umi share gak resepi kat sini.

Bahan2
Nasi Putih
Telur
Bawang putih (ketuk)
Bawang Besar
Cili Api
Ikan bilis
Satu sudu besar sos tiram
Kangkong

Cara2
Goreng ikan bilis dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan sos tiram kacau. masukkan sedikit air.
Masukkan pula cili yang telah diketuk kacau sekejap.
Masukkan telur.Kacau sehingga telur menjadi hancur ( scramble)
Tambahkan garam secukup rasa..Jgn terlebih coz kemungkinan ikan bilis tadi dah cukup masin.
Masukkan kangkong.Kacau sekejap.Akhir sekali masukkan nasi.Gaul sebati..Masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
Dah siap..

Friday, April 6, 2012

Hepi BirthdaY Incik SuaMi

SelaMat HaRi JadI... SelMat HaRi JaDi....(nyanyi sama2 tau)... Walaupun birthday hari ni tapi malam tadi kami dah keluar dinner bersama kat Pizza Hut..Sebelum pergi Pizza tu singgah beli McD dulu untuk Arfan..Sibuk je nak juga makan McD..

Kami order yang ni...ala yang sekarang ni kalau dlm iklan duk promot 3D tu...


Set ni untuk 2 Org ...ada yg ni....



Yg ni...biasa la


Dan...mestilah yg ni 3D pizza serta 2 gelas air mountn dew.


Yg ni tak termasuk dlm set.order lain..Nama dia Triple sensation Platter..Umi suka...sedap.....harga RM9.90.Kami order air satu lagi...So plus ngan air McD Arfan jadi la 4 semuanya...